Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira
Hari Sabtu 1 September yang lalu aku berjaya menyempurnakan kenduri Aqiqah untuk Tasmira di rumah mak di Bandar Perda. Kambing kubeli dari Pak Lang ZAMMAS dari baka Feral Australia.
Shariman, Awok , Ibu Fizah dan Mamalina punya hasil tangan. |
Ein meneman Mira dan Nendanya bersedia untuk ditahnik |
Tepat jam 12, Ustaz Hafiz dan Pan Ndak Haji Mat Isa memulakan tahlil dan juga tahnik dilakukan. Aku masih juga mengharapkan agak Haji Hamzah untuk menyempurnakan tahnik ini dan Alhamdulillah dia hadir kemudiannya untuk menyempurnakan tahnik. Semoga berkat doanya, Mira akan diberkati Allah hidupnya.
Ustaz Hamzah Jaafar Mudir SAR Ahmadiyyah Al Ijtimaqiyyah Padang Lalang |
Bersama Ustaz Hafiz |
Aku sediakan buah kurma, madu dan air zam-zam untuk disapukan di langit-langit bayi sebagai makanan pertama selain susu baginya.
En Manaf sekeluarga |
Silat Ultraman dari Abang Erman |
Silat bersama Mat Pyan |
Capoiera dari Ein dan Mat Pyan |
Aksi pesilat jemputan |
Di bawah ini aku sertakan kaedah bertahnik berserta bacaannya untuk sesiapa yang mahu mengambil iktibar dari sunah Rasullullah saw ini...
Ini Doa Membelah Mulut Kanak-kanak atau Cara Bertahnik
بسم الله الرحمن الرحيم
Kemudian membaca al-Fatihah sekali, sebagai hadiah kepada Rasulullah saw,
kemudian membaca ia kepada kanak-kanak itu dihadapannya
فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
sebanyak tiga kali.
وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ
sebanyak tiga kali
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الاِنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِيْنٍ, ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةَ فِى قَرَارٍ مَكِيْنٍ, ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةً عَلَقَةً, فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً, فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا, فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا, ثُمَّ أَنْشَأنَاهُ خَلْقًا آخَرَ, فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. وَإِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لِيُزْلَقُوْنَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ, وَيَقُوْلُوْنَ إِنَّهُ لَمَجْنُوْنَ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرٌ لِلْعَالَمِيْنَ.
kemudian membaca
قل أعوذ برب الفلق
sekali dan
قل أعوذ برب الناس
sekali kemudian membaca
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ, وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ, حَصَّنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ, دَفَعْتُ عَنْكَ السُّوْءَ بِأُلْفِ أَلْفِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
kemudian sambil memegang ubun Tasmira berkata ia
سَمَّاكَ اللهُ نورڠايزاتول تسزمير
kemudian membaca al-Fatihah sekali
kemudian
إنا أنزلناه فى ليلة القدر
hingga akhir
kemudian membaca
قل هو الله احد
sekali kemudian dilepaskan pegangan ubun tadi, kemudian berdoa dengan doa ini iaitu :
بسم الله الرحمن الرحيم, اَللَّهُمَّ انْشِئْتُهُ صَالِحًا, وَاحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً, وَاسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى, وَاجْعَلْهُ بَارًّا بِوَالَدِيْهِ غَيْرَ عَاقٍ, وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ, وَاكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ, وَالْحَاسِدِيْنَ وَأَعِذْهُ مِنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ, وَلاَ تُوَّجِّهَهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ, وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Ulasan