Jom jengah tingkap Johari...

cakap pasal tingkap, teringat aku tentang ahli mesyuarat tingkap yang takutkan bini.... akakakakaka
Citer P Ramlee yang aku tengok sejak kecik sampai sekarang dan masih boleh gelak. Lawak sepanjang zaman.

Tajuk aku hari ni berkenaan sembang aku ngan rakan skolah dulu-dulu, yang masih jelas terbayang cuma namanya yang unik... wajah dan tingkahlakunya sudah memudar dari ingatanku yang sungguh terbatas ini. Tak semua orang sukakan perwatakannya diperkatakan, sebaliknya aku sungguh berminat ndak tahu... apa pandangan orang terhadapku, tingkahlaku yang positif mahupun yang negatif....

Dulunya, setiap kali ndak keluar rumah, mak selalu pesan, jadilah orang yang sabar... tapi yang jelasnya, nasihat tuh tembus telinga aku jerr.... tak ada kesan, kurang diberikan sambutan yang sewajarnya dan kekadang tuh aku anggap sebagai format biasa kalau aku salam ngan mak bila ndak berpergian, dia akan ulangi ayat tersebut... cam kita ucapkan "sama-sama" selepas menerima ucapan terimakasih. Cam autopilot gitu...

Namun setelah umur mencecah 30an, mula aku fikir kembali maksud kata-kata tuh... hmm.. so, pada pandangan mata mak aku, aku nih budak yang tergopoh-gapah bila ambik keputusan, berfikiran singkat, cepat naik marah, cepat mengaku kalah, tiada kuasa bersaing etc etc... hmmm .. menarik, dia yang membesarkan aku dengan susah payah berganda, sure apa yang berkisar pada pandangannya terhadap aku dan kiaskan dalam bentuk nasihat.

Bagi aku sendiri, sebenarnya aku adalah penakut dengan hantu, pembengis dengan orang yang lemah, pembohong dengan diri sendiri *(aku berazam ndak kuruskan badan tapi makan ndak banyak gaak) dan entah apa lagi.... kata ulama, bila seseorang itu memperkatakan tentang dirinya sendiri, ada tendensi untuk beliau berkata bohong. So.. camana aku ndak perihalkan tentang aku kat sini.

Berbalik kepada tajuk tentang tingkap Johari... yang jumpak tingkap nih JOseph & HARRY tahun 1955. Pasal tu dia pangge JOHARI windows.

Untuk quadrant yg pertama Arena/Open mempamerkan ciri-ciri keperibadian anda yang memang anda tahu dan orang lain tahu tentang anda. Ianya terbuka dan semua tahu dan faham sikap anda. 
Quadrant kedua pula BlindSpot, maklumat tentang diri anda yang tidak anda ketahui, namun orang lain meneliti anda dengan sifat khusus ini. Ada member skolah dulu yg kata aku nih melankolik, iaitu yg sedih, hiba, murung... yang aku sendiri tak tahu... Hmmm.. patut lerr quadran nih dipanggil blindspot.
Untuk seterusnya, quadran 3, Facade/Hidden. hmmm yg nih plakk personaliti yang anda sembunyikan dari orang lain... hidden agenda. Segala kebobrokan diri, kesalahan, kelemahan dan kesilapan kita ada dlm tingkap nih.... banyak nihhh.... paling mudah masa bercinta.. biasanya orang akan sembunyikan personaliti yang orang lain tak suka... contohnya awek yang ligat berclubbing, sure tunjuk sifat anggun bersopan bila melawat bakal mak mertua kat kampung.... or kutu berahak sanggup jadik muazzin kat surau tepi rumah bakal pak mertua... akakakakak
Sorry aku melalut bila buat contoh... tak senonoh tapi tuh lerr paling senang utk difahami.
Dan part yang seramnya.... quadran ke 4, sendiri tak tahu dan member baik ponn tak tahu... biasanya sifat ini ada dalam diri kita dibawah sedar.  Ianya adalah menjadi suatu wawasan untuk kita. Jelas sekiranya sifat itu baik dan terhormat, maka ia sepatutnya dijelmakan kedalam tingkap yang pertama.
Sementara itu pula, kita kena lah explore ke arah blindspot, dapatkan maklumat tentang diri kita dari kacamata orang lain dan polish apa yang baik dan demolish sikap yang tak senonoh tu... dah lama aku nulih pasai nih... tapi tak berkesmpatan utnuk diterbitkan... bukan pasal honororium ataupun lesen kena tarik ... cuma malas dan aku simpan idea nih utk diterbitkan dikala aku sibuk...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?