Kenapa aku perlu ke sekolah?
Soalan yang terbaik pernah aku terfikirkan bilamana musim persekolahan bakal bermula tak sampai sebulan dari tarikh hari ini. Perlukah seorang manusia itu dimasukkan ke sekolah formal atau semi formal seawal umur 3 hingga 5 tahun? Apakah mereka yang bermula prasekolah pada umur 6 tahun akan menjadi tercicir dalam pelajaran? Sukarkah seorang manusia itu untuk survive seandainya tidak dapat masuk ke alam persekolahan seawal umur 4 tahun?
Adakah akan sampai suatu hari nanti
anak yang dilahirkan mungkin akan terus menjalani latihan khusus untuk belajar berdikari.. bertatih, berjalan dan seterusnya berlari.
Kerana ibubapa begitu takut anaknya nanti dikatakan itu ini tak reti
kerana tidak dimasukkan ke sekolah seawal umur sehari.
Apakah niat sebenar penaja atau pemilik taman asuhan dalam merencanakan syllabus pra persekolahan?
Ingin memajukan bangsa
ataupun
Ingin mengaut keuntungan diatas kerisauan ibubapa akan tahap pendidikan anak-anak mereka
ataupun
Ingin menerbitkan suatu fenomena baru dimana sekolah yang diseliakan oleh pihak berwajib tidak lagi diperlukan kerana mengamalkan konsep pendididkan yang agak ketinggalan zaman, dan berebutlah mereka untuk memilih sekolah swasta sebagai gantian???
Tidak keterlaluan rasaku jika ini yang sebenarnya cuba diutarakan.
Sekiranya kita mampu untuk duduk dengan tenang,
berbekalkan sebatang pensel dan secebis kertas ditangan,
dibawah redup payungan dedaun pohon rendang
di waktu petang...
hela nafas dalam-dalam dan lepaskanlah dengan perlahan.
Kawal emosi dan telusuri kembali zaman kegemilangan
waktu kecil kita dahulu dibangku persekolahan..
fikirkan....apa bezanya zaman kecil kita dahulu dengan kanak-kanak sekarang
yang sedang buas berlarian dipadang jembrang.
Tumbesaran seimbang,
masih mampu untuk merasa susu badan walaupun cuma kadang-kadang
tak macam kita dahulu, susu ibulah minuman seharian
khasiat tak terperi sepanjang zaman
dan lebih suka makan ikan dari sayur-sayuran dalam diet harian.
Semuanya sama, cuma persekitaran yang jauh berlainan.
Kehidupan yang dahulunya hanya layak dipandang dari kejauhan
kini bisa dikecapi oleh orang kebanyakan
bayangkan.. dulu deringan telefon hanya berkumandang di rumah keluarga terbilang
kini telefon bukan lekat dimeja, namun sudah tersedia dalam genggaman
bukan pasal keluarga kini sudah semakin senang lenang
tetapi dek kerana kemajuan zaman
yang pintar kini ramai bertaburan
yang bijak pula sering bangun seiringan
barangan import dari England dahulunya menjadi pilihan
corak Inggerislah katakan
namun kini buatan China yang banyak diperdagangkan
kualiti sama namun harga lebih menjunam
Pada dasarnya semua masih serupa
Namun dizaman ini, perihal keIslaman kurang diperiksa
Tumpuan terlebih kepada akademik duniawi sahaja
si bijak pandai, tahunya cuma mengikut rentak yang sama
bila bertukar lagu dan irama
habis sumbang langkah tariannya
terkebil mata, mulut ternganga... terpinga-pinga
kuda-kuda mana yang harus diguna?
nak tanya tok guru.. mana ada
kami bukan sekolah aliran ugama!!!!
Waktu sebeginilah yang ditunggu-tunggu
oleh makhluk separa manusia dan separa lagi hantu
menusukkan jarum was-was tak kira waktu
menjadikan seluruh bangsa ku termanggu-manggu
nak ikut kata mereka ataupun... mati kutu?
Sudah-sudahlah wahai bangsa jawi.
Dahulu memang manusia bekerja menggunakan kederat untuk memperoleh rezeki.
Pabila hari sudah semakin meninggi,
kini bekerja cuma menggunakan akal dan budi,
manusia sudah dapat berdiri.
Tak perlu menjual benda untuk di tukarkan kepada wang,
jual perkhidmatan cuma, nescaya berbondong-bondonglah yang datang.
bila peluang sudah terhidang
ramai pulak yang berhidung belang
mengaut keuntungan dari kekhilafan si polan
yang takut anaknya dikatakan tak pandai macam anak orang
lalu didaftar masuk ke sekolah terbilang
walaupun yuran bulanannya tinggi menjulang.
Kembali kita merenung jauh ke arah padang
coretkan sesuatu diatas cebisan kertas dan
lorekkan kepala manusia-manusia yang warisnya kurang berkemampuan
Adakah dasar pendidikan kerajaan
kini tidak mampu lagi untuk menampung pembelajaran anak watan?
Apakah mereka yang hanya bersekolah hanya bila surat panggilannya datang
akan menghasilkan pelajar yang serba kekurangan???
Abang....
Demi menghasilkan anak terbilang
tak semuanya bergantung kepada wang
lebihkan usaha membina sahsiah dalaman
agar besar kelak dirinya punya pedoman
takut melakukan dosa kerana sedar dirinya bertuhan
semoga terpalit dihatinya setompok iman
sebagai panduan menelusuri zaman.
Berkalam aku dalam seloka. buat yang kurang mengerti akan maksudku yang tersirat. Bacalah olehmu bahawa, pada pendapatku yang kurang ilmunya ini, seandainya masih boleh diberkan peluang, biarlah anak-anak kita memulakan pelajaran secara formalnya di institusi berunsurkan sekolah apabila tamat pengajian dirumah sekurang-kurangnya 4 tahun. Izinkan mereka membina keyakinan diri, berani membuat keputusan biarpun dibantah. Kerana, anak kecil seusia 4 tahun, biarpun dilarang ibubapanya, dimarahi datuk neneknya malah dikejar oleh kakak-kakaknya, dia tetap akan melakukan apa sahaja mengikut kata hatinya. Sekiranya dia disekolah, khuatir akan dimarahi guru yang garang akan menyebabkan dia takut untuk menyatakan pendiriannya.
Maka, terhasilah seorang generasi baru yang hanya bisu bila diminta pendapat dan menurut sahaja telunjuk orang. Yang duduk bila disuruh dan bangun bila diminta. Bilakah generasi sebegini dapat mengubah tatacara dunia... sebagaimana Steve Jobs berjaya lakukan sehingga ke penghujung nyawanya.
Apakah pendidikan informal dirumah? Ianya meliputi pembangunan sahsiah secara ISLAM, keyakinan diri.. playful, sinis, penerapan nilai kekeluargaan, penerapan nilai-nilai murni kemanusiaan, kasih sayang dan rasa kasihan. Lihat kembali coretan kita di cebisan kertas tadi dan bandingkan dengan generasi muda masa kini.... apa kurang dan lebihnya mereka?
Kini... sudahkah anda mengerti?
Ein dengan pistol buih sabunnya di pesta Pulau Pinang 2011 |
anak yang dilahirkan mungkin akan terus menjalani latihan khusus untuk belajar berdikari.. bertatih, berjalan dan seterusnya berlari.
Kerana ibubapa begitu takut anaknya nanti dikatakan itu ini tak reti
kerana tidak dimasukkan ke sekolah seawal umur sehari.
Bersama hadiah kemengan di Pesta Sains PISA 2011 |
Apakah niat sebenar penaja atau pemilik taman asuhan dalam merencanakan syllabus pra persekolahan?
Ingin memajukan bangsa
ataupun
Ingin mengaut keuntungan diatas kerisauan ibubapa akan tahap pendidikan anak-anak mereka
ataupun
Ingin menerbitkan suatu fenomena baru dimana sekolah yang diseliakan oleh pihak berwajib tidak lagi diperlukan kerana mengamalkan konsep pendididkan yang agak ketinggalan zaman, dan berebutlah mereka untuk memilih sekolah swasta sebagai gantian???
Tidak keterlaluan rasaku jika ini yang sebenarnya cuba diutarakan.
Kampus Astro |
berbekalkan sebatang pensel dan secebis kertas ditangan,
dibawah redup payungan dedaun pohon rendang
di waktu petang...
hela nafas dalam-dalam dan lepaskanlah dengan perlahan.
Kawal emosi dan telusuri kembali zaman kegemilangan
waktu kecil kita dahulu dibangku persekolahan..
fikirkan....apa bezanya zaman kecil kita dahulu dengan kanak-kanak sekarang
yang sedang buas berlarian dipadang jembrang.
Refleksi diri |
Tumbesaran seimbang,
masih mampu untuk merasa susu badan walaupun cuma kadang-kadang
tak macam kita dahulu, susu ibulah minuman seharian
khasiat tak terperi sepanjang zaman
dan lebih suka makan ikan dari sayur-sayuran dalam diet harian.
Semuanya sama, cuma persekitaran yang jauh berlainan.
Ein belajar terbang |
Kehidupan yang dahulunya hanya layak dipandang dari kejauhan
kini bisa dikecapi oleh orang kebanyakan
bayangkan.. dulu deringan telefon hanya berkumandang di rumah keluarga terbilang
kini telefon bukan lekat dimeja, namun sudah tersedia dalam genggaman
bukan pasal keluarga kini sudah semakin senang lenang
tetapi dek kerana kemajuan zaman
yang pintar kini ramai bertaburan
yang bijak pula sering bangun seiringan
Tegas berani seorang puteri |
corak Inggerislah katakan
namun kini buatan China yang banyak diperdagangkan
kualiti sama namun harga lebih menjunam
Tabik hormat seorang anak |
Pada dasarnya semua masih serupa
Namun dizaman ini, perihal keIslaman kurang diperiksa
Tumpuan terlebih kepada akademik duniawi sahaja
si bijak pandai, tahunya cuma mengikut rentak yang sama
bila bertukar lagu dan irama
habis sumbang langkah tariannya
terkebil mata, mulut ternganga... terpinga-pinga
kuda-kuda mana yang harus diguna?
nak tanya tok guru.. mana ada
kami bukan sekolah aliran ugama!!!!
Berani beraksi tanpa dipaksa |
Waktu sebeginilah yang ditunggu-tunggu
oleh makhluk separa manusia dan separa lagi hantu
menusukkan jarum was-was tak kira waktu
menjadikan seluruh bangsa ku termanggu-manggu
nak ikut kata mereka ataupun... mati kutu?
Berani mengikut kata hati |
Dahulu memang manusia bekerja menggunakan kederat untuk memperoleh rezeki.
Pabila hari sudah semakin meninggi,
kini bekerja cuma menggunakan akal dan budi,
manusia sudah dapat berdiri.
Tak perlu menjual benda untuk di tukarkan kepada wang,
jual perkhidmatan cuma, nescaya berbondong-bondonglah yang datang.
bila peluang sudah terhidang
ramai pulak yang berhidung belang
mengaut keuntungan dari kekhilafan si polan
yang takut anaknya dikatakan tak pandai macam anak orang
lalu didaftar masuk ke sekolah terbilang
walaupun yuran bulanannya tinggi menjulang.
Kembali kita merenung jauh ke arah padang
coretkan sesuatu diatas cebisan kertas dan
lorekkan kepala manusia-manusia yang warisnya kurang berkemampuan
Adakah dasar pendidikan kerajaan
kini tidak mampu lagi untuk menampung pembelajaran anak watan?
Apakah mereka yang hanya bersekolah hanya bila surat panggilannya datang
akan menghasilkan pelajar yang serba kekurangan???
Abang....
Demi menghasilkan anak terbilang
tak semuanya bergantung kepada wang
lebihkan usaha membina sahsiah dalaman
agar besar kelak dirinya punya pedoman
takut melakukan dosa kerana sedar dirinya bertuhan
semoga terpalit dihatinya setompok iman
sebagai panduan menelusuri zaman.
Riang bersama keluarga, bukannya bersama kawan-kawan... |
Berkalam aku dalam seloka. buat yang kurang mengerti akan maksudku yang tersirat. Bacalah olehmu bahawa, pada pendapatku yang kurang ilmunya ini, seandainya masih boleh diberkan peluang, biarlah anak-anak kita memulakan pelajaran secara formalnya di institusi berunsurkan sekolah apabila tamat pengajian dirumah sekurang-kurangnya 4 tahun. Izinkan mereka membina keyakinan diri, berani membuat keputusan biarpun dibantah. Kerana, anak kecil seusia 4 tahun, biarpun dilarang ibubapanya, dimarahi datuk neneknya malah dikejar oleh kakak-kakaknya, dia tetap akan melakukan apa sahaja mengikut kata hatinya. Sekiranya dia disekolah, khuatir akan dimarahi guru yang garang akan menyebabkan dia takut untuk menyatakan pendiriannya.
Maka, terhasilah seorang generasi baru yang hanya bisu bila diminta pendapat dan menurut sahaja telunjuk orang. Yang duduk bila disuruh dan bangun bila diminta. Bilakah generasi sebegini dapat mengubah tatacara dunia... sebagaimana Steve Jobs berjaya lakukan sehingga ke penghujung nyawanya.
Serius bercerita dan serius mendengar |

Ulasan