Pilihan Utama Anda : Post mortem SPM2018

Sekali lagi aku diundang untuk memberi pandangan
tentang kursus dan bidang pelajaran sebagai pedoman
yang sesuai untuk dipelajari oleh anak-anak kenalan
yang baru selesai mendapatkan sijil dengan terbilang


Dan sebagaimana biasa, dalam reramai yang berbicara,
pelbagai pendapat dilontarkan dengan bangganya.
Like nobody business kata Forest Gump ketika memberi pendapatnya
Ini yang bagus, itu lebih baik.. elakkan yang ini dan that is the best pelbagai rentak ragam bicara.

Lontaran idea yang bernas ini bukan sahaja menjebak anak-anak itu ke dalam kancah kekeliruan yang kronik malahan mejadikan ibu bapanya semakin cemas.
Adakah anak aku nak jadi ini.. ehkk dia mungkin bagus untuk jadi itu.. arghhh.. dia mengikut kawan-kawan secara melulu sahaja... apakah akan terjadi owh... macamana niiii...

Sebaiknya...
jadikanlah iktibar wahai kawan
apa yang kita pelajari hari ini bukan 100% menjamin Siapa Kita di masa hadapan.
Beberapa tahun dari sekarang

Ada yang masa belajar dulunya memang senang..
Sekarang pula kerjayanya mudah dan menghiburkan
Malah pendapatannya juga agak lumayan.
Sesuai dengan jiwanya tak kira pria mahupun perawan

Ada yang pelajarannya aduhh.. sungguh sukar,
Nak dapat A sampai tak kawan dengan manusia,
Pagi dan malamnya hanya bertemankan buku sahaja,
Namun kerjayanya pula adalah kesinambungan kepada rencah kehidupan yang sama.

Masih tak sempat menyapa dan disapa.
Keluarga sendiri pun sukar nak jaga...
Dah sampai ke penghujungnya barulah terjaga...
Aku ni bertungkus lumus nak kejar siapa????

Katakan sahaja kepada mereka...
berapa peratuskah hi-achiever diluar sana
yang berkecimpung dalam dunia pengkhususan mereka
Senang bekerja dengan ilmu penuh didada

Sedangkan sahabatku yang dah kenal lama
Berkelana jauh untuk belajar diluar negara
Ilmu perubatan dan patologi kemahirannya
Namun kini bergelar ketua dipusat Darah Negara
Bergelumang hidupnya dengan ilmu pentadbiran dan pengurusan sahaja

Tak kurang pula yang masa belajar kemain susah
Dibanding dengan teman-teman lain yang sedarjah
Bilamana grad aduhhh.... dah terlambat pula selangkah
Sayang bidang kerjayanya tetap tak semenggah

Apa nak buat itu rezeki masing-masing
Termaktub di Loh Mahfuz.. kamu tak payah bising
Berebut kek yang sama dengan para pendatang asing
Tak payah difikirkan kenapa... cuma buat kepala pusing


Belajarlah apa sahaja asalkan berilmu
Berkat hidupmu tidak senang ditipu
Selagi kosong dadamu.. isilah sehingga tepu
Sampai melimpah, boleh dikongsi hingga ke anak cucu.

Nak isi yang mana wahai rakan dan taulan
Hari penamat sudah pun tiba berhampiran
Takut khilaf memilih atau tersilap haribulan
Kecewa berembesan airmata lah sipulan dan sipulan

Teringat aku akan suatu kisah zaman dahulu
Anak muda menuntut ilmu dari seorang mahaguru
Katanya: "Pi lah hangpa masuk ke hutan belantara kat belakang tu"
"Ambilkan aku sekuntum bunga yang paling cantik dan semerbak berbau"

Suka diingatkan janganlah kamu berbalik ke hulu
Dilarang untukmu berundur langkah walaupun satu
Langkah kedepan bersama pedoman dalam dirimu dikala buntu
Syaratnya terang bersuluh dan jelas terbuku

Bermulanya siang berakhirnya kelam
Kesemua muridnya berhamburan lari kedalam
Tersemat dihati sinar yang masih berbalam-balam
Untuk mendapatkan bunga kembang setalam

Yang paling cantik tak nak yang suram
Berbau harum tak nak yang masam
Berwarna terang tak nak yang muram
Yang paling penting.. mestilah berjumpa sebelum malam

Di hadapan guru mereka berdiri
Berbunga ditangan dan juga di hati
Ada yang tersenyum bangga, malah ada yang berasa iri
Tertoleh-toleh kepada bunga teman sendiri

Ada pula yang tak sanggup lagi berdiri
Kerana tiada bunga yang dapat dicari
Masa yang diberi telah berlalu pergi
Nak sunting hat ni khuatir kat sana ada yang lebih cantik lagi

Ada yang selangkah dihutan terus direbut
Tak kira apa rupanya, asalkan patut
Mematuhi syarat asal yang telah tersebut
Puas hatinya tanpa merungut

Ada yang lambat memilih sangat
Di akhir garisan terjumpa pula bunga keramat
Bersujud syukur dia berbesar rahmat
Gembira tak terhingga... akhirnya diri terselamat

Ada pula yang keras dihati
Tetap nak langkah garis panduan yang telah diberi
Bunganya erat digenggam di kanan dan kiri
Apa nak jadi... hmm dah tak peduli

Pelbagai lagi rupa cerita
Tak lalu aku nak tulis sampai kesemua
Cukuplah disini sahaja contoh-contohnya
Sebagai panduan kita bersama

Dengan tenang mahaguru membuka bicara
Sebaik sahaja kesemua mereka selesai berdoa
Katanya... anak-anak inilah kisah manusia
Payah sungguh makhluk yang dikurniai akal dan nafsu bersama

Ada yang hanya rakus menurut nafsu serakah
Asyik memilih tak kira betul mahupun salah
Berebut kepunyaan orang.. tak kisah walaupun kena marah
Dosa pahala semuanya tolak ke sebelah

Ada juga yang kaedah permainannya berbeza
Berkongsi maklumat bersama diantara rakan-rakan mereka
Andai di sini terlihat lawa... bertanya pulak dia kat memba kat sana
Yang terlebih cantik akan dibawa bersama

Begitulah ceritanya pilihan kita semua...
Walaupun kisah ini sebenarnya berkisar tentang memilih pasangan hidup kita
Kugarap satu persatu dan ceritakan semula
Agar bersesuaian dengan konteks bicara tentang isu semasa
Nak sambung belajar Kursus Apa? dan Universiti mana?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...