Bersyukurlah hai anak...




Saban hari abah tak akan terlupa
Memberi peringatan buat sekalian anak-anakku semua
Jasa ibu bapa itu tidak terjumlah seandainya diulang kira
Memberikan yang terbaik sebelum ajal mereka hadir menyapa

Namun seperti biasa... anak-anakku juga manusia
Tak pernah terlepas dari berbuat dosa
Abah tak terlupa berpesan lagi
Biarpun semakin berkurangan jumlahnya gigi

Tiada manusia dilahirkan sempurna
hidupnya langsung tiada cacat dan cela
Perkongsian di media itu semuanya hanyalah cerita
Penyedap hati insan berkarya

Mahunya nafsumu tiada terbendung
Tak bisa ditutup dibalik tipisnya kerudung
Biarpun terdidik sempurna sejak tubuhnya erat dibedung
Ilmu dunia akhirat kesemuanya tersadung

Anak-anakku tabiat kesemuanya sama
Saling tak tumpah watak dan laku Abahnya
apa yg diluar sana jelas kelihatan lebih sempurna
Mata tertumpu hanya pada keriangan sahaja


Abah bertungkus lumus setiap hari
Cuba untuk memberikan kelengkapan keluarga sendiri
Sedikit pun tiada perhatian diberi
Terkurang sedikit, ayat pedas pula yang akan diperi.

Seketika terlintas jua niat dihati
Kenapapah aku jadi begini?
Bilamana kesemua tuntutan mereka sentiasa dihati
Bagaimana pula dengan keinginan sendiri?

Dengarlah anak-anakku Abah nak kata
Aku hanyalah menunaikan amanahNya yang Esa
Esok entahkan lusa  bila tiba jua waktu dan masa
Aku akan pergi meninggalkan kamu semua

Ketika tubuhku diselimuti putih salju
Kaku terlena bungkam membisu
Usah lagi ditangisi kepergianku
Ternyata terusailah segala tugasku

Tatkala itu aku dan kamu sendiri-sendiri
Tiada lagi coretan kata nasihat bakal kuberi
Kenangan bersama kita sekeluarga selama ini
Kukepil disini sebagai pedomanmu dikemudian hari 

Sedarlah anak... sesal itu tak berlaku diwaktu ini
Datangnya hanyalah dipenghujung hari
Ketika relung masa tak dapat diundur lagi
Tangis sendu dan rintihan akan hadir sebagai penyeri







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...