Anugerah Allah untuk mengenal nikmat

Bicara 2016 kali ini berkisar tentang satu perasaan yang sering kita rata-ratanya melupakan. Iaitu nikmat Allah dalam kehidupan seharian hamba-hambaNya.

Biar beribu kali diulang-ulang peringatan
Biar berjuta kali kesempatan yang datang
Namun manusia biasanya akur dengan kesenangan
Terlupa segala pemberian
kerana tengelam dalam kenikmatan.

Bukan tak pernah aku melihat deritanya Mak Cik aku menarik nafasnya setiap kali diserang asthma.
Setakat mendengar dan melihat gayanya bernafas, jelas sungguh dia keletihan
Kekurangan oksigen dalam badan berpunca dari sel-sel yang bertugas untuk menyerap oksigen dalam paru-parunya tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Disitu barulah kita tahu betapa nikmatnya dapat menarik nafas tanpa sebarang masalah...
Hidung tak tersumbat... dada tak ketat.

Bersembang aku dengan Suffian QA beberapa tahun lalu
Tentang pengalamannya berhadapan serangan jantung...
Katanya, Hatinya tak tenteram
Dada berombak kencang
Ketat dan sendat
Sakit dipangkal lengan
Peluh terpercik diseluruh badan
Mandi, baring, duduk juga tak keruan
Kerana merasa sakit yang tak dapat ditentukan
Diamanakah punca gerangan
Suasana gempar semua keluarga yang tersayang
Dibawa ke klinik yang berdekatan
Terus dikejarkan ke hospitan atas nasihat doktor yang berkenaan
kerana terdapat simptom-simptom dia diserang
Sakit serius yang di sering dikaitkan
Lelaki bertubuh gempal diusia lewat tigapuluhan
Serangan jantung... bukan kerana lemah atau pun berlubang
Khabarkan aliran darah keluar tersekat dalam perjalanan
Semakin sakit bila tekanan bertambah
Tersumbat habis, dinding jantung pula terluka berdarah
Selnya mati kerana tiada sumpitan oksigen dalam darah
Membuatkan pemiliknya bertambah parah
Debaran semakin terasa
kerana sakit itu katanya tak terhingga
Bukan setakat tangisan, jeritan dan taubatan nasuha
Ada yang terkencing, terberak dan segala-galanya
Dek tak tertanggung derita seksaan di atas dunia
Doktor membantu hanyalah dengan membkalkan morphin dibawah lidah semata
bagi mengurangkan penderitaan dan kesakitan  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...