Kutitipkan sekuntum rindu ini buat ibuku...
November 27 2015
tarikh ini kembali lagi
gregorian kalendar mungkin berbeza hari
namun tak terhakis lagi rinduku
kisah hidup bersama emak yang satu
Ternyata benar apa dikata
tentang kisah nakalku dahulu kala
tatkala emak sentiasa didepan mata
mengawal tingkahku sedemikian rupa
Jangan disuruh yang tidak dimahu
aku akan segera menunjukkan laku
taburkan segala yang telah disusun
dengan nada bengis tanpa bersantun
Namun leteran emak tetapkan sama
kata nasihatnya tetap tak beza
kadang kalanya dia menitiskan air mata
terluka hati dengan sikap anaknda
kini dah jauh emak pergi
tinggalkan aku seorang diri
tergumam menoleh kanan dan kiri
tiada siapa lagi yang akan peduli
biarpun letih menunjukkan kelaku
namun tak siapa ingin nak tahu
tak sedar lama sudah tegak begini
akhirnya aku sedar sendiri
nakalku dulu bukan untuk sesiapa
bahkan tiada istimewanya untuk diriku juga
ianya tidak membawa sebarang makna
hanyalah untuk memuaskan hatiku saja
kini anak ku pula yang membuat perangai
panas hatiku... geram menyeringai
saling tak tumpah sikap seorang budak tu
sejarah berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu
Emak... walaupun dirimu tak mampu membaca
tapi masih berupaya membesarkan anak-anaknya
mendidik, mengasuh dan mengajar kami semua
menjadi insan yang berguna buat bangsa dan ugama
Emak... rinduku bagaikan tidak terkata
walaupun jauhnya kita tak terbatas masa
kenangan bersama tak lekang dihujung cerita
dikala ini basah mataku berkaca-kaca
Terimakasih emak..
Tahniah kerana berjaya mendewasakan kami semua.
Jasamu akan dikenang untuk selamanya
selagi jasadku ini masih bernyawa.
Pesanan terakhir darimu akan ku ingat selalu
menjaga bapa yang telah bertahun-tahun hidup bersamamu
Makan pakainya serta kesinambungan hidupnya itu
Indah sungguh kasih dan sayang mu buatkan aku cemburu.
Emak,
Segala yang indah nampak dimataku.. ada padamu
walaupun saat ceria bersama sudahpun berlalu
Terimakasih padaMu ya Allah kerana memilih aku
Menumpang kasih menjadi anakmu
-Al Fatehah untuk Almarhumah Hajah Siti Surati binti Haji Serat -

Ulasan