Jom Kaya... Jom Kaya

.. terpinga aku dipagi Jumaat yang mulia ini... kisahnya orang yang kaya berada.. berebut untuk menjadi rakyat biasa... termanggu aku untuk meletak diri bersama mereka.... jika dia begitu.. aku pula bagaimana...???
Jika disitu mereka berdiri.. masih tersisakah ruang untuk diriku ini.
Sedang sibuk semua menerka... aku bingung terkapa-kapa
Tak tahu jelas diri di mana!

Walaupun itu hanyalah cebisan sketsa
cetusan rasa rekayasa lelaki dan wanita
tatkala semuanya masih tegak berdiri di atas dunia
wacana tentang hidup sekumpulan manusia yang dahulunya pernah bersama
depan Zoo Taiping, SERATAS nama bangunannya
Makan, minum dan tidur sejalur kesemuanya
Namun mimpi malamnya ternyata berbeza.

Sedangkan didunia ini sudah nampak tidak setara
Tinggi Rendah Besar Kecil.. semakin jelas ruang jurangnya
Apatah lagi nanti kita tiba di alam sebelah sana
Ternampak para alim ulama dan juga orang kaya jiwanya jauh diseberang sana
Nak panjat untuk bersama terasa tak upaya
dek kerana bekalan dan tenaga tiada tersisa
habis semuanya dibelanjakan di atas dunia
Nak harapkan belen yang tak seberapa
Habis pulas dibayarkan kepada orang yang pernah dianiaya.

Allahu rabbi bagaimanakah mereka beroleh akan kekuatan ini???
sedangkan hidup kami dahulu semuanya serupa
Sesampai disimpang aku hanya menurut sahaja
Ditolak kekiri disorong kekanan, aku menurut aliran semata-mata
namun mengapa sekarang, aku disini sedangkan mereka itu disana?
Sudikah Tuhanku menjawab tanya
dari hambaNya yang terkurang timbangannya?

Tatkala itu baru tergambar
Silamku gagah, menyahut sahaja apa yang mencabar
Bilamana yang paham merunduk patuh apa yang diajar
Aku pula meningkah dan menongkah dengan bahasa pijar
Menurut nafsu ammarah yang sentiasa membakar
Aku lantang bila bersuara
akulah agung
akulah raja segala raja
turut perintah segala umat dibawah naungannya
tiada garisan mahupun tembok yang dapat memagarinya
walau rakyat ku anggota badan sahaja
kaki, tangan, mata, telinga, kemaluan, perut dan lidah yang berkata-kata.
Menurut kesemuanya bungkam tanpa kata bicara.

Tersentak aku dari lamunan
jauhnya aku tersesat dalam perjalanan
Tunggu aku... tunggu aku wahai teman
Ajaklah aku untuk bersama-sama bergandingan
Menuju kita serentak ke puncak pergunungan
Aku pun nak kaya.. aku nak kaya macam si polan dan juga si polan.
Aku nak kaya macam kalian

Kalian mampu untuk membekalkan anak dengan bermacam-macam
Tak cukup harta, ilmu dan kederat disalur untuk membangunkan ekonomi Islam
Sedekah jariah dijadikan amalan seharian
tanpa sekelumit harapan didunia ini ada balasan.

Sesiapa yang menetapkan kaya jadi buruan
sedarlah kita ada suatu kaedah rasululah pernah ucapkan
Semoga taatlah kita turut untuk mengerjakan
sebagai tanda kita juga terlalu inginkan untuk mengecapi sebuah kekayaan.

Daripada Aisyah RA daripada Rasulullah SAW, bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

“Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

Terimakasih diucapkan kepada semua pembuka bicara.
Nukilan ini khas ditujukan untuk aku,hang dan juga semuanya.
Semoga kita dikayakan Allah di dunia dan diakhiratNya juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...