Manusia hanya melihat apa yang nafsunya nak lihat....

Kata-kata ini kuterima dari salah seorang guruku...walaupun dia bukan yang terbaik mahupun yang paling aku sukai namun ilmunya ini semakin hari semakin nyata dalam kehidupan seharianku ini.

Dulunya, guruku berkata, manusia akan melihat... apa yang dia hendak lihat. Namun dengan kata lain manusia akan tertarik untuk melihat apa yang nafsunya ingin melihat. mari kita menelusuri pendapat ini dengan senario yang berpadanan:

Senario 1:
Kulit putih mulus, memakai baju sendat tanpa lengan dan sekali-sekala mengangkat tangannya tinggi untuk membetulkan rambut ikal mayangnya yang terurai melepasi bahu. Diurai-urai dengan lembut, diikat simpul tinggi dan dilepaskan semula bebrapa kali sambil matanya tetap ke arah buku...
Kiranya aku yang duduk disitu... kemanakah arah pandanganku?

Bagi lelaki yang ada kat depan tu, mestinya mata meliar melihat kearah tubuhnya yang tidak berbalut pakaian. Bagaimana sekiranya beberapa andasarnya diubah... segalanya serupa namun tubuh itu milik seorang lelaki yang tidak merapikan rerambut dicelah lengannya.... apakah renungan mata ini masih meliar ke tempat yang sama ataupun telah beralih ke arah yang bertentangan kerana tidak tertahan jijik memandangnya...????

itulah dia... mata manusia cuma akan melihat apa yang nafsunya teringin nak lihat.

Senario 2:
Sekeping foto dikongsikan bersama dalam Whatsapp group. Yang lelakinya cuma memandang wajah rakan sekolah yang sudah semakin dimamah usia sahaja dan cuba untuk membandingkan dengan wajahnya ketika bersama didalam kelas puluhan tahun terdahulu sambil berkira-kira dalam hatinya... ohh... dah tua rupanya kita semua. Pandangan berakhir disitu. Berbeza dengan pandangan wanita dimana mereka akan melihat jenis pakaiannya, gambar latarbelakang biliknya malah ada juga yang terus terarah kepada tertib susunan fail-fail di dalam kabinetnya. Hmmm.... tak tahu laaah...
hahaha sahaja yang mampu aku katakan....

Sekali lagi.... mata manusia cuma akan melihat apa yang nafsunya teringin nak lihat.

Aku ingin menyambung untuk senario seterusnya... tapi biarlah... terasa nak balik dah.
Letih bekerja sudah berkurangan rasanya dek kerana yang terbuku dihati dan minda sudah selesai dibebaskan disini untuk tatapan semua yang gemar membaca....

Semalam,
PRK di tempatku berlangsung lagi untuk kesekian kalinya.
Biarpun kalah menang tidak membawa apa-apa perubahan kepada peradaban dunia namun pertembungan ini membuka mata semua manusia seluas-luasnya.
Kemenangan membawa calon kitar semula bakal membawa maksud penyandangnya masih relevan di persada dunia walaupun kini merenkuk disebalik tirai penjara
Sebaliknya pula jika tumbang maka berakhirlah karier politiknya hasil dari cubaan takle bertubi-tubi yang dilakukan musuh politiknya.
Dunia memandang sambil berkira-kira... rupanya orang ini, walaupun telah tua dalam kiraan usia namun masih berupaya menonjolkan diri sebagai wira ditempatnya.
Walaupun bertong-tong najis dilumur dikepala namun masih mewangi dek kerana sanjungan terhadap konsep perjuangan yang dibawanya.
Demi mengurangkan butir bicara... boleh kusimpulkan bahawa... dia sememangnya masih lagi seorang juara.

Bukan itu yang cuba untuk diutara
Sebagai pemilih aku masih tidak mendapat apa-apa
Kerana tiada perubahan yang sangat ketara
dari segi kewangan dan juga pentadbiran negara
malah aku memangkah yang salah kerana kurang biasa
dengan bendera yang perbagai corak dan juga warna diluar sana
Berubah menjadi hitam putih sahaja yang tertera di atas kertas undi yang ternampak dimata.

Namun apa yang teringin sangat hendak aku buka bicara....
tentang jiranku yang kurang berdaya
Umurnya sudah semakin merangkak senja
bangunnya dipapah malah kudratnya yang tinggal juga dah tak seberapa
Ku katakan, tinggalah sahaja dirumah kerana mengundi ini fardu kifayah semata
Mengapa perlu untuk turut serta?

Namun semangatnya kelihatan sungguh berbeza
Sanggup mengerang sakit tidak terkira
Sepanjang jalan muntah merata
Namun nafsunya masih tetap menggelora
Untuk memenangkan calon yang dipuja benderanya

Telah kukata, majoriti mereka terlalu jauh batasnya
tapi semangat kebangsaannya terus merah membara
Namun pelik juga kulihat dirinya seketika
Tuntutan fardu ain yang sepatutnya perlu diutama
sering tertinggal kerana terasa lengu-lenguh badan tak terhingga.
"Awatnya tang situ hang nak berkira pula...!!!"

Sampai ke tengah malam aku dikejutnya
Telefon berdering nak tahu keputusan kerana dia masih tertanya-tanya
Apakah undinya tadi bisa mengubah apa-apa....
Masih jauh ketinggalan jawabku separa lena
Berbaik sangka ku jawab juga persoalannya
Walaupun dihatiku mula bertanya...
bilakah akan tersedar pakcik tua ini dari lenanya
Sebelum tidur yang panjang mengakhiri episodnya didunia fana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...