Perangai pelik rakyat Malaysia.....

Berbagai perangai pelik rakyat Malaysia yang kulihat namun ada beberapa perkara yang keterlaluan menjolok hati dan minda yang waras. Kubiarkan separuhnya berlalu pergi namun yang terjojol menjolok hidung tak berdaya untuk aku elak.

Jika diperhalusi, sememangnya benda ini haruslah di ceritakan bagi membuang rasa bersalah aku kearana menjadi sebahagian dari masyarakat bisu... yang hanya membenci sesuatu perkara mungkar dengan hati.. iaitu selemah-lemah iman.

Sejak kebelakangn ini hujan lebat dah menjadi lumrah sebaik sahaja senja berlabuh dan kerap juga bermula dengan angin kuat dan halilintar menggegarkan bumi bermula dari jam 6 petang. Berhatilah aku ketika memandu namun tidak pula sehingga memandu pada kelajuan 30km/j di aliran -aling kanan di lebuhraya sambil memasang lampu kecemasan disepanjang perjalanan.
Sikap ini sememangnya menaikkan darjah kesabaranku ke tahap yang lebih tinggi dan dalam banyak ketikanya, ianya melebihi batas. 
Entah mnegapa perangai pelik pemandu di Malaysia ini dengan kelengkapan kenderaan mereka kurang aku mengerti. Mungkin mengikut pengertian mereka, dengan menyalakan lampu kecemasan maka mereka merupakan kenderaan VIP yang sedang meluncur di tengah keramaian dan perlu diberikan keutamaan oleh semua orang. Kurang periksa aku....

Cerita hujan juga menguji kesabaran lagi diketika anak-anak sekolah bersukan di padang. VIP sekali lagi terlibat, dipanggil bagi menyempurnakan majlis dengan memberikan kata-kata semangat yang setimpal kepada mereka yang bergiat cergas dilapangan sukan. Anak-anak yang menyertai perbarisan berkumpul ditengah padang dan barisan VIP bersandar sedap atas pentas, berbumbung, berkipas terlindung dari gangguan panas dan hujan. Bila dijemput, tidak boleh tidak... ucapan perlu disediakan oleh seseorang untuk dibacakan. Namun... tatkala hujan rintik mula membasahi bumi, tidakkah terlintas dipemikiran untuk memendekkan ucapan agar yang berdiri di tengah padang agar segera dibubarkan bagi mencari perlindungan dari terik panas yang kian membahang mahupun hujan yang bertandang?
Haruskah itu juga perlu diperbahaskan.... bukankah engkau dan aku sama, sesama manusia dan bangsa yang sama? Ketahanan badan kita juga tiada bezanya?
Letih sungguh aku dengan perangai manusia....

Teringat kata-kata ustaz berceramah
dicorong radio ketika pulang ker umah. Katanya anak-anak kini teruk dibelasah. Bukannya disekolah sebaliknya dirumah... Minda mereka kotor kerana asuhan yang salah. Tatkala dirumah ada dua kapten, seorangnya ayah... keduanya ibu. Bagaimana anak nak ikut perintah kerana keadaan disitu sentiasa ada 2 pilihan. Makanya, anak bertindak mengikut nafsu. Yang mana kelihatan indah dituruti dahulu. BIla azan berkumandang, disitu pula tengah syok bersatu. Di depan TV menonton drama Korea terbaru. Abah tutup TV nak ajak solat berjemaah, ibunya pula bising kerana dia ingin terus menonton cerita tengah dok sedap.... maka... anak2 terpinga disitu. mana satu yang nak disokong???
Biasanya mereka menurut kata ibu... semuanya seronok duduk disitu. Tinggalah ayah berseorangan menuju masjid... dengan perasaan kalah dalam bab mendidik.

Seketika tadi berpeluang pula aku membaca. Perihal rencana terhempasnya Dauphin merah kenderaan deras bagi orang kaya sekayanya. Pulang dari meraikan perkahwinan anak orang ternama di Malaysia. Kotak hitam yang oren warnanya... membongkar sebahagian dari rahsia, corak dalam kejadian yang menyentuh jiwa. Katanya, pesawat diterbangkan oleh orang yang bukan ahlinya, lalu terjunam dan memusnahkan segala isinya. Tatkala semua mula berbicara, siapakah empunya nama yang tidak dikenali yang ada bersama mereka. Tampil beberapa sahabat tuan punya nama... melayu semuanya petah dalam berbicara. Katanya baik sungguh empunya badan. Sungguh tegas menjaga diri dan juga rakan-rakan. Dari perperkotak-katikan ketika sama-sama meronda dan berjalan-jalan, ketika keluar menari, menonton filem mahun pun keluar makan malam. Kalau anak dara dok buat gitu dikatakan baik.... gunao carro???


peliks.... memang peliks.... 
ehkk.. ada ka plural bagi perkataan pelik...???
Perlukah diadakah sudut pandangan untuk setiap orang bebas menyuarakan
Perkara-perkara yang perlu ada pertimbangan
dari setiap insan yang bergelar ilmuan...
dah lerr.. penat aku memikirkannya.

Minggu nih aku stress giler... banyak hardware yang aku order diubahsuai BOMnya oleh tangan-tangan mereka yang cuma melihat wang dan bukannya usaha. Ada sahaja barang yang dibuang, jimatkan wang katanya... Bila dipasang tak cukup wayar. Aku bertanya dimarah pula. Dah abeh daya nak tuduh sapa... last-last aku jugak yang kena.

Ada lagi isu yang nak dibahaskan... tapi dah lerr setakat itu. 
Bila berkelapangan lagi... InsyaAllah kita bertemu.
Membahaskan cara manusia berilmu
mengolah cerita agar bertemu
Agar aku dia dan lagu terus bersatu.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...