Cerita aku hari ni selepas kena marah dengan Boss....
UMUR saya 44 tahun. Pada usia ini, saya dihadapkan dengan satu pertanyaan, berapa pula umur Islam saya?
Sejak itu, saya sering bermonolog, apakah saya kebetulan dilahir Islam atau saya sendiri yang mahukan Islam?
Andai takdirnya saya lahir sebagai bukan Islam, apakah saya akan mencari Islam, pelajari Islam dan memilih Islam sebagai agama pegangan?
Dalam keadaan itu, bagaimana jika tidak ada sesiapa yang datang beritahu saya bahawa Islam itu agama yang benar dan hanya Islam agama di sisi ALLAH?
Tidak kira apa sebabnya, kawan-kawan saya yang Islam tidak pun bercerita kepada saya mengenai kebenaran Islam dan keesaan ALLAH, apa lagi untuk mempengaruhi saya berhijrah ke agama mereka. Dengan itu, tersesat dan ke nerakalah saya selama-lamanya. Wal iyazubillah!
Tatkala terbaca artikel ini, aku turut mengelamun mencariu erti diriku ini. Malah pepagi lagi tadi aku dikejutkan dengan satu saranan, seandainya semua kejadian ALLAH dimukabumi ini halal dimakan keucali sebahagian kecil sahaja, mengapa perlu ada logo halal. Adalah terlebih baik sekiranya diperkenalkan logo haram sahaja, lebih mudah untuk dikenali dan mudah lagi untuk dijauhi.
Dalam itu terkenang aku akan cerita indah suatu masa dahulu, kuceritakan semula dari sudut ingatanku, buat semua yang mahu tahu
Apakah peranan yang telah kulakukan untuk dunia Islamku.
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua bernama Pak Kemi (Sukemi - nama sebenar aku pemberian arwah ibuku, Hajah Siti Surati Haji Serat.. Al Fatehah),
yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak.
Semuanya sudah remaja.
Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Hamerd dan ketiga bernama Amalib.
Dalam ketiga-tiga anaknya Hamerdlah yang paling dia sayangi.
Sayangnya dengan Hamerd langsung tidak diberinya keluar rumah.
Takut jadi hitam dek panasnya pancaran mentari.
Pak Kemi juga sayang dengan Anis tanpa belah bahagi. Ditatang ke hulu ke hilir, tak pernah dimarah dan selalu dimanja. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke kebun, ke penambang dan ke sekitar pasar malam.
Namun sebaliknya anak yang ketiga iaitu Amalib kadang-kadang langsung tak diendahnya .
Maka merayau-rayaulah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang.
Kurus kering badannya kerana jarang diberikan kasih sayang, belaian dan makanan yang sedap-sedap.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil Pak Kemi ini supaya datang mengadap.
Susah hati lah Pak Kemi disebabkan badannya yang sudah tua namun titah perintah Raja tak mungkin bisa ditolak, terpaksa pula mengayuh sampan nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan Paduka Raja itu.
Maka dipanggilnya si Hamerd.
"Hamerd, tolong hantarkan ayah ke pulau seberang. Paduka Raja memerintahkan ayah mengadap baginda..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Hamerd?
"Minta maaflah ayah. Masalahnya Hamerd tak pernah keluar rumah jadi macamana Hamerd nak hantar ayah ke sana sebab Hamerd tak tahu jalan.
Kalau mahu, Hamerd hantar sampai depan pintu sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Hamerd gundah gulanalah hati Pak Kemi kerana anak yang paling disayanginya ternyata tidak boleh diharap.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis.
"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Paduka Raja memerintahkan ayah mengadap baginda, boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan.
Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu semakin sedihlah hati Pak Kemi kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.
"Baiklah kalau begitu" ujarnya sayu.
Dipanggilnya pula si Amalib.
"Hei Amalib,tolong hantar ayah ke pulau seberang..
Paduka Raja memerintahkan ayah mengadap baginda dengan segera." Lalu Amalib menjawab,
"Baiklah ayah, sebaiknya kits bertolak sekarang".
Hairan Pak Kemi dengan jawapan itu.
Tiada alasan, keluhan mahupun penolakan dari anak yang kurang diberi perhatian ini.
Terdetik penyesalan dihati Pak Kemi kerana tidak menyayangi anaknya Amalib sejak sekian lama namun anak ini rupanya sanggup melakukan apa saja demi kasih sayang terhadap ayahnya.
Lalu pergilah Pak Kemi mengadap Raja. Hamerd menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke hujung kampung dan si Amalib mengikut ayahnya mengayuh sampan menuju ke seberang. Sedang mereka mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan fizikal Pak Kemi yang dah tua dan si Amalib pula yang kurus kering dan kurang upaya maka karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Dah berakhir cerita Pak Kemi disitu. Kuburnya tak bertanda. Andai ada yang bertanya cerita seramkah ini... maka tiada hantu yang akan keluar walaupun dibaca sekejap lagi... namun moralnya ada disisi kita semua.
Adapun cerita anak-anak Pak Kemi ini adalah simbolik kepada kehidupan sebenar hadir dalam ceritera diri kita sendiri.
Pak Kemi adalah individu aku, engkau, kamu dan semuanya.
Hamerd ialah Harta Meredak yang ditatang-tatang, sayang digunakan takut berkurang.
Disorok-sorok kerana takut dipinta.
Dikira-kira takut tercicir sekeping dua.
Anis ialah Anak-anak dan juga Isteri yang dibesarkan penuh kasih sayang namun tanpa didikan agama yang mampu untuk menghantar kita lebih jauh lagi dari sekadar di hujung kampung sahaja.
Amalib ialah Amal Ibadat pula dilakukan sambil lewa, sekadar melepaskan batuk ditangga. Tidak dipupuk dan dimanja agar gemuk dan kuat sebagai peneman untuk hari kita bepergian jauh ke alam seberang sana. Walaupun semua kita pernah diingatkan dengan perkara yang sama, namun terlupa jua...
Lazimnya manusia sayang kepada Harta Meredak dan Anak-anak dan juga Isteri tapi tidak pada Amal ibadat.Bilamana manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Allah) yang dapat menemaninya hanyalah Amal Ibadat. Harta Meredak akan ditinggal dipintu pagar rumah manakala anak-anak dan isteri tinggal dihujung kampung sahaja (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni janganlah terlupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.
Niatku satu
Mengalunkan irama syahdu
Bertingkah dalam lagu
Sebagai peringatan buat dirimu dan juga aku
Dalam menjalani hidup yang cuma satu.
Terima kasih kepada yang pernah berkongsi cerita dan juga kepada yang sudi membaca, apatah lagi sekiranya dapat memanjangkannya ke serata pelosok dunia.

Ulasan