Apa ada di atas awan?

Persoalan pagi Jumaat hari ni dari geng Biz Application kat aku. Mahu saja aku nyanyikan lagu untuk dia.... namun dengan wajah yang penuh innocent... tak sampai hati aku nak dendangkan lagu walaupun bergema dilubuk hatiku lagu itu...

Tanya sama awan
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair..
Lihat dalam air
Nampak bayang-bayang
Lempar satu batu bayang pun hilang.

Pagi nih aku jenuh menjawab kenapa electronic helpdesk system application boleh down sedangkan dia berlari-lari riang selama beberapa tahun tanpa ada kejutan,

Aku mencapai kata konklusi bahawa ianya berkenaan WANG. Maka terangguk-angguk lah faham mereka yang awalnya terlompat-lompat hendak menikam aku secara berdepan.

Beginilah kehidupan dalam persekitaran kerja yang penuh dengan bangsa berbudayakan naga. Geng tiga nama ni sentiasa mencari peluang untuk menikam, menghenyak dan menendang dari belakang, sisi kiri dan kanan.
Bila sayembara telah dimulakan,
rentak tarian diatur... langkah silat biarlah tak sumbang.
Gegak gempita biar bercempera namun langkah dihayun mengikut kata,
tarian bersendikan pengetahuan geliga...
dan tempik sorak dalam menghamburkan kata.
Kekadang manusia ni bungkam bicara bila keyakinan diri kurang berupaya,
mudahlah kita terjelepok bila diperdaya.
Kini berbekalkan ilmu secebis didada,
peluru ada laaah.. seketul dua namun yakin dapat menundukkan mereka
rata-ratanya yang dalam mood raya.. tahun kambing... mengembeklah semuanya.

Aku menulis ini sebenarnya nak hilangkan gelora...
jam 10am nanti mensyuarat akan bermula...
Nak tukarkan suis teras (core switch) yang dah lama berjaga
mengaturkan perjalanan bit-bit permulaan bagi susunan fail yang sungguh bermakna
untuk meneruskan kesinambunugan perjalanan segala jentera
prasarana rangkaian jabatan, dimana akulah ketuanya
jikalau gagal malu tak terkata
jika berjaya pula... biasalah, memang tiada apa yang hendak dikata
tak ada tepukan, galakan walaupun sekadar kata-kata
kerana bagi mereka, halal gajiku dibayar memang untuk itu semua.

Buat mereka yang tak paham butir bicara...
sebenarnya projek tahun 2015 untuk ku kini dah pun bermula
menukarkkan Cisco Core Switch yang telah pun lanjut usia
tiada upaya lagi untuk mereka menyimpan alat gantiannya
andai sekiranya ada yang tetiba terhenti denyutannya.
Maka tugasku pun bermula
untuk mencari pengganti bagi WS-C4507R kepada WS-C4507R+E.
dari situlah kami semua
warga CMY sibuk dengan pekerjaannya
meneroka angkasa dan membuat perniagaan dia atas awan
atau dikenali sebagai CLOUD COMPUTING.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...