Nak kurus...??? JomKJomS

Pagi ni aku stranded kat Sime Darby Service Center... Fiesta sedang refreshed. Dalam keboringan yang bertinkek-tingkek ni aku dijolok mesra member group Whatsapp sekolah dulu, Semuanya kalut nak kurus... dalam siri Jom Kurus Jom Sihat.

Bagi menambahkan perisa, ada pulak pasangan yang menjanjikan hadiah yang tak kurang hebat untuk mereka yang dapat mengurangkan berat badan. Ini semuanya berlaku sejak kami hadir di JOM - Join our megareunion tempohari, Aku pun terkejut gak tengok teman belajar yang dulunya tak pernah terfikir akan jadi gemuks... tapi dah bertukar jadik montel bak donut terlebih yeast.
Dan aku pun tak terkecuali... maknanya.. aku sentiasa PAR dengan rekan sekelilingku. (just to be positive).

Beratku di tahun 2014 sungguh menakutkan.... 93Kg.... masa timbang tu aku pastikan sekali lagi tinggi aku tak berubah... mana nak tau kannn... kot-kot aku jadik semakin tinggi pada umur 40an... hahahahah....

Entah camana... minggu kedua di tahun 2015 ini aku sakit perut... menggila. Teringat aku akan satu cerita dimana semua anggota badan cuba untuk menunjukkan kebolehan menjadi ketua....

Otak berkata... aku yang pandai... maka aku patut dijadikan Chief. Disangkal pulak oleh mulut yang pandai berkata-kata dan kakitangan pulak bertepuk tangan sambil menghentakkan kaki dengan sinis seakan-akan menunjukkan kehadiran mereka yang tidak boelh dipandang remeh oleh yang lainnya....
Jantung.. pankreas... limpa dan  yang lainnya tahu akan kepentingan mereka namun semuanya diam kerana menghormati rakan sebilik... iaitu hati. Pernah dulu hati mengecil hanya kerana telinga mendengar orang lain memperlekehkan kepala yang kurang rambutnya dan juga gigi yang semakin banyak jatuhnya...  Perut pula dengan lagaknya berkata.. aku dah semakin besar... bukankah itu lambang ahli korporat???? Besarnya perut membuatkan kemaluan semakin mengecil kemalu-maluan.. hahahaha... semakin liar nampaknya cerita aku hari ni

Dipendekkan cerita... semuanya kalah kepada mulut, otak dan kakitangan. Dihari yang indah itu... anus... bungkam menutup mulutnya.... toksik tak boleh keluar... kentut pun tidak dibenarkan.... perut meronta-ronta... kakitangan mencakar dan menendang dinding.... otak tak dapat berfikir secara waras dan mulut pula asyik mengerang sahaja. Setelah beberapa hari berlalu.... tergeraklah hati untuk memberikan otak satu idea yang bernas... setelah menimbang dengan sebaiknya maka mulut dengan lemahnya berkata... wahai anus... engkau lah yang patut menjadi ketua... atau Chief didalam tubuh ini. Kami tak akan berfungsi dengan baik tanpa mendapat restu darimu....

Tersenyum Anus sambil membuka mulutnya... membuang segala toksik dalam badan untuk keluar dan akhirnya semua organisasi bergerak dengan sempurna seperti sediakala.
Habislah ceritanya... moral of the stories... most of the chief of the good organization, must be an arse-hole!.

Dahhhh... setepek kena kat ketua jabatan. Nak bangga tang mana sangat.

Ok berbalik kepada cerita aku masuk KPJ 3 hari tu... setelah kena flush... barulah perut aku tak sakit... namun berat badan aku menjunam... dari 93kg.... ke 88kg. Kalau ikutkan kriteria JomKJomS
(JomKurusJomSihat) aku dah masuk kategori pemenang bulanan... namun aku tak nak lerrr member lain berputus asa... aku diamkan saja. Mana aci aku kurang berat badan pasal masuk hospital... kalau member lain kena diabetes... abes semua hadiah  dibolotnya hehehe... sure aku tak berpuas hati gak kannn...

dan disitulah kisahnya... kepada yang terlantik menjadi ketua... namun tidak bertindak dengan sewajarnya... mohon terasa. Bukan sengaja nak mengata... tapi dah dok nampak kat depan mata. Percayalah aku sayangkan hangpa semua.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...