Noerman bertanya lagi....
Semalam, seusai aku berbicara dengan Yan dan temannya dan juga Kak Ila dan Sarimannya... ku sambung meluangkan masa di depan skrin LCD bertemankan rancangan yang lawak Karoot komediaX. Semuanya dah masuk tidur, tetiba Erman keluar dari bilik. Tak ngantuk lagi katanya...
Dia diam sahaja disampingku di atas sofa. Sesekali aku lihat wajahnya, dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dariku. Akhirnya aku dapat menangkap airmata yang tergenang dimatanya. Semakin lama semakin berat tak terbendung.
Sebagaimana biasa, abah adalah Hero bagi anak-anaknya.
Aku fokuskan perhatianku terhadap dia... tentang permasalahan hidupnya
tentang komitmen jangka pendek yang menyesakkan jiwanya dan mengaburi pandangannya.
Dia perlukan pencerahan.
Aku mulakan dengan bertanya...
Adakah dia dimarahi ibu?
Apakah kesalahan besar yang telah dilakukannya?
Adakah dia takut untuk tidur berseorangan?
Adakah kerja sekolah yang masih belum dibereskan?
Apakah masalah buli disekolahnya masih berterusan?
Adakah itu atau adakah ini???
seketika itu, beribu persoalan tumbuh menggila
bagaikan cendawan yang tumbuh dibanir kayu selepas hujan...
atau yang lebih tepatnya
bagaikan program C yang menghasilkan colourful buble dia skrin komputerku tahun 90an.
Bila disoal, dia kuatkan hati untuk bertanya.
Sebaik selesai persoalannya, berhamburan airmata berjuraian dipipinya
dan terus menangis dia diribaanku.
Aku terkedu...
Terasa pilu...
Terasa bersalah..
dan tercari-cari aku jawapan yang terbaik...
Haruskah aku berkata benar??
Atau haruskah aku menipu untuk menghentikan sendu?
Tidakkah ini menyalahi etika, membesarkan anak dengan cerita dusta?
Apa pendapatmu teman... jika dihamburkan dengan soalan sedemikian???
Soalannya:
Adakah benar abah, disaat kita dibangkitkan di padang masyar nanti, abah tidak kenal akan Erman lagi?
Kugosok-gosokkan pundaknya
Kuusap-usapkan kepalanya
Kukucup mesra dahinya
Aku berkata.. abah bercerita berdasarkan apa yang abah tahu dari kisah berlakunya gegaran, gempa dan gegak gempita dihari kiamat. Ke manakah kita akan ditempatkan setelah berubah perjalanan dari alam roh, ke alam rahim ibu, ke dunia yang fana, ke alam barzakh dan kemudiannya ke alam akhirat yang kekal abadi.
Ketika dibangkitkan setelah tiupan sangkakala yang kedua... akan bangun manusia dan dikumpulkan di Padang Masyar. Ketika itu semua manusia sibuk akan halnya masing-masing. Anak tak kenal bapa dan begitu jugalah sebaliknya... cerita itulah yang begitu dalam menusuk ke jiwanya dan dia begitu khuatir tidak berjumpa akan ibu dan abahnya.
Ingatlah Noerman anakku.. sekiranya kamu sudah boleh faham akan kehidupan dan membaca coretanku ini..
Bahawasanya mati itu adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur itu adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kita adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Sebagaimana talkin yang dibacakan Ustaz Haji Hamzah tatkala jasad embahmu Hajah Siti Surati di kebumikan tempohari.

Noerman |

Makam bondaku |

Ulasan