Khamis, 23 Januari 2014

Cerita sahabat atas permintaan

Disebelah surau usang
Berdepan dengan padang bola
Jalan berliku masuk ke dalam, dicelah bendang
Situlah letaknya kampung Padang Jeman.

Pernah aku ke situ
sewaktu bujangku
menemani sahabat mengubat rindu
kekasih hatinya yang bermukim disitu.

Rumah besar tersergam indah
penghuninya sentiasa tersenyum sungguh ramah
mengundang aku bertandang lagi
dalam mencari warna kehidupanku yang pernah ku cicirkan di halaman ini....

Tangga kuning berubah warnanya
bertambah moden dengan pemergian tuannya
menyambut kedatangan generasi seterusnya
penyambung cerita sebuah ceritera

Hero - Abdul Azim

Abdul Basir Haji Ahmad

Ahli terbaru

Keluarga Basir Haji Ahmad

Along - Adlina Basyirah

Acik - Qistina

Angah - Siti Sarah

Tiada ulasan: