Munajat seorang hamba yang terlupa

Ya tuhan ku,
Ampunilah diriku kerana pancainderaku yang kian bercelaru

  • Mata yang sentiasa seronok untuk melihatkan aurat yang tertutup rapi
  • Telinga yang kurang gemar kepada nasihat dalam mengingati mati
  • Mulut yang kurang menyebut namaMu berbanding dunia
  • Tangan yang biasanya terlalu kikir untuk berkongsi rezeki
  • Kaki yang kuat berlari keluar menjahi majlis ilmu
  • Hati yang berdolak-dalik ketika jauh dari jangkauan pandangan awam.

Rahmatilah kehidupanku

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.                                                                                                                                       (Al-Baqarah 218)



  • Jadikanlah aku salah satu dari 3 golongan yang mengharapkan rahmatMu iaitu orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad ke jalanMu.

Cukupkan kekuranganku
Sebagai manusia yang aku yakini diriku ini serba kekurangan, cukupkanlah aku ya Allah

  • Untuk beribadat kepadaMu
  • Untuk beramal jariah dan bersedekah ke jalanMu
  • Untuk menjadi anak yang baik kepada kedua orang tuaku
  • Untuk menjadi ketua yang baik kepada keluargaku
  • Untuk menjadi pekerja kepada majikanku
  • Untuk menjadi ketua kepada anak-anak buahku
  • Untuk menjadi jiran yang baik kepada tetanggaku
  • Untuk menjadi suami yang baik bagi isteriku
  • Untuk menjadi hero dan bapa yang baik untuk anak-anakku
  • Untuk menjadi guru kepada mereka yang dahagakan ilmu.



Tinggikanlah darjat keimananku

  • Apa lagi pintaku untuk merasakan diri hamba kepadaMu 
  • Manfaat kehadiranku ku kepada alam sejagatMu
  • Sesungguhnya sekuat mana pun manusia itu pernah akan ada suatu ketikanya turun naik keimanan kepadaMu, di saat itu... imanku yang senipis kulit bawang akan mudah digoda Iblis dan Syaitan akan terjerumus masuk bersama-sama mereka yang tersesat di jalanan... oleh itu aku mohon perlindunganMu dari malapetaka itu dan fitnah dunia terhadap diriku.  

Limpahkanlah rezeki bagiku

  • Jika dilangit turunkanlah
  • Jika di bumi keluarkan
  • Jika sukar permudahkanlah
  • Jika haram bersihanlah
  • Jika jauh dekatkanlah
  • Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Berilah petunjuk bagi diriku.

  • Hidayah milik Allah, biar apa sahaja yang dilakukan sekiranya tidak diberikan hidayah oleh pemiliknya (Allah) maka tidak berkesan semuanya. Kuphon kepadaMu, berikahlah aku hidayahMu itu.
  • Rasullulah bergitu menyayangi bapa saudaranya, Abu Talib namun di saat kematiannya, walaupun diajari Rasulullah saw kalimah tauhid, beliau masih tidak dapat menolak ajakan Abu Jahal untuk kufur. Sehinggalah Rasullullah saw bersumpah dengan nama Allah untuk tidak berhenti meminta ampun bagi diri Abu Talib sehinggalah beliau tidak dibenarkan melakukannya.

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

  • "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka" At-Taubah 113

 إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

  • "Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)" Al Qashash ayat 56

Kurniakanlah nikmat kesihatan buat diriku ini

  • Nikmat sihat adalah yang paling jarang aku hargai sehinggalah pemberian percuma ini semakin ditarik balik sedikit demi sedikit.
  • Udara yang kusedut saban hari tak terkira bilnya...
  • Bangun, tidur, duduk dan berjalan tanpa kesukaran.
  • Nikmat fikiran yang waras hanya terasa pabila melihatkan orang-orang yang gila mengejar pangkat, darjat dan harta dunia .

Maafkanlah segala kekhilafanku selama ini

  • Sedarkanlah aku, keluargaku, sahabat handaiku, saudara maraku, handai taulanku, jiran tetanggaku, insan-insan yang kusayangi dan juga yang pernah mengenali dirku yang serba daif ini dan seluruh umat baginda...dari kekhilafan ketika berkata-kata, ketika bersendaloka, ketika petah berbicara, ketika suka dan ketika ditimpa bala. Maafkanlah kami biarpun kekhilafan ini masih berlaku tak kira masa dan dimana pun jua kerana kami insan yang pelupa.



disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
sujudku pun takkan memuaskan inginku
Untuk hanturkan sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih bererti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah

*PS: Dulu aku pernah dikhabarkan emak yang tercinta bahawa lantai yang dipijak ketika berkunjung ke Cameron Highland, Pahang persis ketulan ais yang tertebar luas di dalam rumah. Aku tidak berjaya memahami kehendak yang dimaksudkan sehinggalah aku berada disana hujung minggu yang lalu. Ternyata benar kata-katamu emak.... dahulunya aku tak faham, baru kini aku sedar akan signifikan ceritamu itu. Aku ternyata kehilangan tempat untuk bercerita lagi kini. Semakin membuatkan aku rindu padamu mak...
Doaku yang terbaik hanyalah untukmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...