Hanya setakat itu

Pagi ini setelah tewas aku dalam kedukaan yang hampir membawaku menuju ke jurang yang dalam... tersedar aku akan kebesaran Allah tuhan seru sekalian alam.
Di saat aku berusaha mentadbir seluruh kehidupan penuh doa dan harapan...
demi keberlangsungan sebuah kehidupan dalam keluarga yang menjadi impian setiap insan.

Terlupa aku bahawa Dia juga mentadbir semesta alam..
jatuh bangun segala kehidupan, baik manusia mahupun haiwan...
tak kurang juga butiran kecil habuk dan kuman
yang tidak terlihatkan pada pandangan mata orang awam malah hijau kuning warna tumbuhan,
gerak tarian pohonan rendang,
tiupan kencang pawana berkejaran
dan tak ketinggalan siulan halus punai bersahutan
bersama derai ketawa sang unggas di dalam hutan..
TERMASUKLAH kehidupanku dan anak-anak sekalian.

Namun dalam doa dan harapan, kita kabur dalam pengharapan kerana kuat terasa akan ketidakserasian dengan apa jua perbuatan dan pilihan yang kurang berkenan dihati yang terkesan.
Terdetak dihati beribu persolan

aku nukilkan kisah diseputar kehidupan setelah keputusan UPSR 2013 diumumkan.
Abah mana yang mahukan kegagalan,
Ayah mana yang inginkan kejatuhan dan
Bapa mana yang sukakan kekalahan.
Semuanya inginkan yang terbaik untuk anaknya...
hanya setakat itu

begitu juga dengan aku.
Alhamdulillah puteri sulungku berjaya menghadiahkan aku dengan jayanya
namun nafsu manusia...
mana terubat dengan sekeping kejayaan cuma...
hatiku meronta
batinku terasa bagaikan berkata
inilah masanya dendam kejayaanku dimasa lalu bisa tertebus semula
namun hampa bungkam membisu
bila melhat anak didik terkulai layu
bila diuji bertalu-talu
tak berdaya lagi untuk terus mara
tewas dia dalam pemilihan ke sekolah berasrama.

Itu sahaja... remeh sangat tampak luarannya
namun bagiku, saudara...
umpama terang malam kerana bulan bercahaya
berbanding dengan liuk-lentuk api di sumbu pelita
Keindahan yang hanya akan terasa untuk insan yang bisa memahaminya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...