Musibah: Pembelajaran percuma yang sering dilupakan
Banjir di Kelantan sebenarnya sungguh sinonim dengan musim tengkujuh di akhir Disember saban tahun namun di tahun 2014 ini... penutupnya bukan lagi suatu pesta yang sering dirayakan penduduk setempat, sebaliknya menjadi suatu musibah ngeri yang tidak pernah terlintas di fikiran kita rata-ratanya orang melayu di Malaysia malahan rakyat Kelantan sendiri.
Seusai berlakunya bencana, berkokoklah para jagoan kampung tentang post-mortem memasing. Bertekak lagi para menteri mempertahankan tindakannya.
Peri pentingnya pengisytiharan darurat
Dari segi tuntutan insuran dan juga bilangan mangsa yang terlibat.
Terlupa pula nak dilihat
Perihal gerakan bantuan yang tiba lewat
Malah angka kematian juga semakin meningkat
Dah memang ajalnya macam mana nak buat
Pihak berwajib pula banyak alasan
Nak berikan pertolongan kepada mangsa yang lain... keluarga sendiri pun hampir kelemasan
Yang kurang bersedia pula tergagap-gagap
Nak berikan bantuan takut disalah anggap
Kerana tiada kelulusan dari pihak atasan
Dan pihak pengurusan tertinggi sehinggalah kepada para menteri yang sibuk bercuti juga turut terkesan.
Teringat aku akan kisah di dalam TV
Bagaimana CSI, ER dan juga FireDepartment digarap ceritakan
Mereka bersedia hampir setiap masa
Anggota terlatih bukannya asyik tidur semata-mata
sekiranya mara bahaya muncul diambang mata
Seluruh anggota gerak sederap bagaikan suatu kuasa
Menyelamatkan semuanya tak kira bangsa.
Namun dari hasil tinjauan biasa
Ahli bomba juga akui tiada berdaya
untuk melawan api ketika bekerja
kerapa kurang latihan berterusan sepanjang masa
Begitu juga dengan anggota tentera
tidak kesemuanya cukup bersedia
dari kelengkapan senjata sehinggalah kenderaan beroda
tidak kesemuanya boleh beraksi sebagaimana difikirkan oleh rakyat jelata.
Idea tercurah bukannya satu
Jika dikumpulkan jadi beribu
Andainya dicatatkan kesemuanya di dalam buku
beratus muka surat tebalnya tentu
namun rasa tersentuh hatiku
dicelahan idea bernas yang beratus ribu
masih ada yang pernah diutarakan orang tertentu
tahun yang lepas... ataupun mungkin beberapa tahun sebelum itu
masih belum terlaksana kerana bagi mereka, musibah itu sudah berlalu.
Ulasan