Salam ulangtahun kelahiranmu wahai sahabat
Pada umur ini suatu masa dulu kita panggil sipolan dengan gelaran pakcik... sekarang ni bebudak pulak panggil kita pakcik.
Kekadang di mata kita sendiri nampak kita masih sama seperti dahulu... muda belia, kacak bergaya... namun cepatnya masa berlalu, sebenarnya di mata orang lain kita sudah pun berusia.
Biasanya sendi, otot dan pancaindera lainnya masih tegap berdiri... diajak beraksi bisa dilakukan tanpa menoleh kebelakang lagi namun kini, sakit situ, sana dan sini, acara sukan lasak kian kurang berahi.
Suatu masa dahulu, yang dikejar adalah impian peribadi, namun kini semakin ramai yang tersayang bertaut dihati.. tak mampu untuk dibiarkan mereka cuma sebagai sendal gusi. Impian sendiri mulai terasa jauh dan angan-anganan belaka.
Ingatlah sahabat, cita-cita kita syurga.. sudahkah disiapkan segala nota-nota yang bakal dibaca?
Sudahkah siap segala hafalan isinya diminda?
Sudahkah kata-janji membaramu suatu masa dulu telah dikota?
Miripkah aku dan engkau sama, terkial-kial mencari tempat yang mapan didunia, terhoyong-hayang meniti tetingkap dunia dan masih lagi mencari bisa yang mantap untuk ditembak ke arah musuh yang ramai diluar sana....
Oh aku turut sama terlupa, bahawa engkau dan aku tiada bezanya.. baki umur yang ada semakin susut. Sedangkan dipundak masih ramai lagi yang berpaut.
Andainya ini masih lagi dipegang, makanya tidak selesailah masalah selagi hanya dipandang.. tanpa dialunkan gendang-genderang irama perang.Tarian dan langkah turut seimbang, berpantang undur maju terus kehadapan.
Untukmu duahi sahabat baikku, terimakasihlah kerana izinkan aku menumpang lalu walaupun sekejap di aluran perjalanan hidupmu. Salam ulangtahun kelahiran ikhlas dariku... Semoga hidupmu diberkati Allah selalu.

Ulasan