Syawal terakhir: Mak... aku rindu!
Syukurku panjatkan kepada Illahi kerana sudi memberikan aku kehidupan ini... dengan berlandaskan Islam.
Ruwet sungguh hidupku akhir-akhir ini... setelah Ramadhan berlalu... nampaknya satu persatu rencah kehidupan yang perlu aku selesaikan bergantungan sepertimana kertas-kertas order yang bergantungan di depan tukang masak di restoran. Satu per satu dibaca dengan teliti dan terus diselesaikan mengikut citarasa sebagaimana yang telah dijanjikan....
10 Julai, Debab atau Tasmira... puteri bongsuku dilahirkan. Seperti biasa... jaundice menigkat naik sehingga terpaksa bemalam selama 3 hari di hospital bersendirian kerana ibunya yang menjalani pembedahan kurang bermaya untuk menghadirkan diri bersamanya.
Setelah sihat.... Ramandhan menjelma. Sebulan berpuasa mempertingkatkan keupayaanku untuk menjadi chef segera semakin ketara. Memasak ikan, ayam daging dan sebagainya berbekalkan buku resepi 365 masakan. Sup ikan haruan menu harian untuk Rajaku yang dalam proses penyembuhan.
Setiap pagi aku rasakan khuatir.. takut-takut terbangun lewat untuk bersahur namun igauan menjadi kenyataan bila terlewat bangun untuk sahur bersama... Eisya ke sekolah dengan masam mencuka kerana abahnya terlewat untuk kejutkan dia.. aku akur itulah adanya... semua yang terbaik dilakukan rosak jua akhirnya dengan suatu khilaf yang sukar untuk diterima....
Raya buat kali pertamanya semenjak berkeluarga... kami beraya di Penang sahaja. Tak balik kampung lerrr... jadi co-host raya kat rumah mak sungguh mencabar... pagi yang tenang disangka tiada buaya... namun orang yang datang dari jam3 petang sehingga ke malam bagai bertimpa-timpa. Sehinggakan tetamu yang hadir pun turut menyatakan kebimbangan mereka tentang tempat duduk kerana setiap kaki persegi ruang bawah rumah mak sudah dipenuhi.. lapisan oksigen di dalam rumah kian menipis dan aku melompat dari satu kelompok ke kelompok seterusnya untuk melayan sembang tentang masa lalu.. masa kini dan perancangan masa depan. Hampir kesemua dibicarakan...
Malamnya kami main bunga api kerana suasana Taman kian sepi.. hampir 80% penduduk tiada dirumah kerana kembali ke kampung halaman masing-masing. Itulah yang biasanya terjadi bila tinggal di taman perumahan.
Sangkaku raya ini merupakan kali terakhir bersamamu ayahku... namun rupanya Ibu pula yang pamit dahulu.
Ketika melengkapkan naskah ini, tidak malu kukatakan titisan airmataku melembabkan pipi. Juraian itu tidak dapat kutahan lagi kerana rindunya aku tidak terperi....
Al-Fateha buat arwah ibuku yang sangat aku sanjungi. Semoga rohnya mapan mengadap Illahi.

Allahyarhamah Hajah Siti Surati Haji Serat |
Al-Fateha buat arwah ibuku yang sangat aku sanjungi. Semoga rohnya mapan mengadap Illahi.
KE MAKAM BONDA
Oleh : Usman Awang
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Ulasan