Salam hari bapa... yang terlewatkan.

bicaraku mulakan lagi
suatu episod duka yang berkerak di hati
semkain alam semakin aku terlahu
tak berani bersuara
tak berani berlagu.... hanya sendu yang tertera di benakku.

yang ku kisahkan pada kali ini
adalah pengorbanan ayah untuk anaknya ini
sejak terbitnya suara teriakan ku didunia
pantas dia bekerja mencari lebihan pendapatan keluarga
kerana baginya pasti semakin kurang bahagiannya
kerana bertambah lagi satu suara....

Hendak itu hendak ini dituruti
tiada suatu pun yang akan dihindari
namun terbatas akan kemampuan
sepertimana aku sering dingatkan
kata mak... kita sebenarnya tidak begitu senang
untuk kehidupan mewah sepertimana mereka di seberang jalan....
Oleh itu wahai anakku... cukuplah sekadar beli yang perlu
buat menyambung kesinambungan harimu

Sedar ku tidak masa berlalu
membawa aku tinggi berdiri
menikmati kesempurnaan hidup yang dulunya tiada
namun terhiris hatiku luka
perngorbanan bapak untuk anaknya
sungguh kecil kini terasa

Oh anak apakan dayaku...
hanya itu yang aku termampu
menjadi seorang ayah sebagaimana dipinta
bukanlah semudah seperti yang disangka

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...