Maafkan aku ibu....

Dulu tidurku terganggu
kau usap kau belai aku terlelap
Dulu sakit ku terlalu
kau elus kau kesat aku terubat
Dulu hatiku takut
kau peluk kau dakap aku berharap
Dulu diriku aku terusik
kau dukung kau peluk aku pun pulih

Namun kini
dikala kau sakit
tidurmu tak lelap
matamu kabur
sakit mu terlalu
badan mu menggetar selalu
Aku hanya mampu disitu, tersedu diam membisu
pasrah kerana tak tahu apakah punca dan cara mengubatimu....
Maafkanku ibu.
Tangisku berlagu pilu namun tak berdaya mengubat pedih laramu
Maafkan aku ibu.

Ya Allah,
pandanglah dia dengan RahmanMu
pandanglah dia dengan RahimMu
kurangkanlah penderitaannya
Hanya itu harapan yang aku ada.. memohon dariMu semata-mata.

Ulasan

MieBasir berkata…
Posting ini sehari sebelum dia berangkat pulang menemui Penciptanya, Tuhan seru sekalian alam

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...