Puisi spontan sempena ulangtahun kelahiran sahabatku

Indahnya hari...
tak kira siang mahupun malam,
tak kira hujan mendung suram mahupun panas silau benderang,
tak kira kabut kelam malam mahupun terik panasnya siang,
tak kira pagi sejuk mengetuk tulang mahupun tengahari yang mengantuk terhoyong-hayang,
tak kira indah pelangi petang mahupun sebak lembayung senja berbalam bayang.

Kita manusia adalah hamba
hanya mampu untuk menilai tetapanNya
hanya mampu melihat keindahan ciptaanNya
dan hanya mampu mengenang peristiwa yang kekal bersamaNya.

Semoga segala kenangan itu,
tidak kira berapa lama ianya telah berlalu, tidak berganjak dari akalku
tidak kira betapa sedih rasaku, masih ianya kekal disitu
tidak kira betapa cepatnya ditelan waktu, namun itulah ceritera hidupku
tidak kira betapa cerianya diwaktu itu, namun segalanya tetap berlalu
tidak kira betapa fokusnya mataku disitu, namun semakin pudar pandangan mataku
tidak kira siapa tubuh berdirinya aku, namun itulah kisah asal diriku.

Salam Ulangtahun buat sahabatku...
biarpun segalanya hampir pudar dimamah waktu,
kenangan bersama tetap utuh disitu.
Engkau disitu
Mereka disitu
Yang disayangi juga disitu
Malah yang dibenci juga turut disitu
Yang ceria juga disitu
Malah yang telah tiada didunia fana juga tersenyum disitu
Yang memujamu rapat disitu
Malah yang mempersendakan juga bersentuhan bahu disitu
Yang bersaing berdiri disitu
Malah yang menurut juga bersimpuh disitu
Yang tersipu malu tertunduk disitu
Apatah lagi yang celupar mulutnya ternganga disitu
Yang baik benar tingkah laku bersandar disebelahmu
Malah yang nakal juga tersengih disitu
Maafkan aku sekiranya diriku ini juga ada disitu walaupun tidak dimahu.
Kerana itulah sebahagian dari kisah hidupmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...