ke mana tumpahnya kuah...

Setelah sekian lama tidak menulis terus dari hati... (jumpa kesempatan untuk berkarya, terus memblog tanpa skrip) aku kembali untuk ke hobi lama.. iaitu berkongsi pendapat. (hampir sahaja aku menulis berkongsi pendapatan.. akakakak).
Guruku pernah berkata bahawa setiap pendapat itu tiada kesalahannya melainkan ianya hanya bertentangan atau sekadar kebetulannya sama ataupun pihak yang menerima hanya mampu menganggukkan kepala tanda tiada apa-apa hujah yang boleh diperkatakan kereana kekurangan bahan biacara.

Aku memang begitu.. tidak sesekali berkata sesuatu fakta secara lurus. Kelingkingnya pasti akan berkait.

Bersempena hari guru yang heboh diperkatakan setiap kali bulan Mei menjelma dikalendar gregorian, aku turut serta untuk menyibuk memberitahu anda akan ideaku yang ternyata berlawanan.

Guru dimasa ini bagiku tidak banyak bezanya dalam memainkan peranan dalam membina sahsiah pelajar. Aku masih ingat penolong kanan Stowell dulu... setiap kali bercerita dengan kami, pastinya ada ceritera berbaur lucah diselitkan. Tiada masalah bagi kami yang kesemuanya lelaki, malah kami suka.

 Aku, biasanya lambat faham namun masih turut mengangguk-angguk kepala tanda setuju biarpun faktanya hanya difahami setelah mendengar penjelasan pelaajar lain yang lebih bijak menerka ceritera nyaman lucahnya. Dalam beribu pesanan dan fakta dari mulut kesemua guru-guruku.. hanya cerita beliau masih lagi hadir dalam kepala otakku.

Dia berkata, rakan wanitanya berbadan besar dan berdada bugar. Dia sering bercerita hal-hal lucu agar temannya wanitanya dapat ketawa dan bergegarlah kedua-dua asetnya. Disana, cerita seterusnya, tidak dapat ku dengar kerana hilaian ketawa secara berterusan tetiba mendadak... hingga mengalirkan airmata kami di dalam bahak.

Sehingga kini, tatkala memerhatikan wanita berdada bugar berjalan, mataku asyik melihat ke arah asetnya sambil memikirkan perihal ceritera guruku dan sering ternampak akan kebenarannya. Lalu senyumku terukir dimuka, bukan kerana yang nampak dimata... cuma terbayangkan kami semua... duduk gembira dalam deraian ketawa melihatkan penolong gurubesar yang garang orangnya namun lucu tingkahnya.

Itulah cerita hari guru yang aku ingin tampilkan...  kisah benar yang menjadi gurauan, pelajar Sekolah Rendah Stowell Bukit Mertajam.. disekitar tahun 80an. Dan dimanakah tumpahnya kuah berlebihan, sekiranya tidak kami kutip buat bekalan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...