Kisah Jumaatku setelah sekian lama tidak menulis

Jumaat yang lepas, seperti biasa kunjungan kami ke Masjid Al Huda selepas tergesa-gesa mencungkil-cungkil dengan lidah kerana sisa ayam goreng ala KFC Pak Omar masih bertepek digigi.
Haji Zahari sering mengingatkan kami bahawa mentari kini semakin awal tergelincir ke sebelah barat sejak akhir-akhir ini. Tak sempat menjamah pisang, azan telah berkumandang.
Bersama Merah dibawah pohonan ceri
Khatib jemputan dengan nada suara yang kurang berintonasi, membaca skripnya dengan agak terganggu mungkin dek keterbatasan penglihatan pada jarak dekat, menjadikan mataku semakin kecil digantungi syaitan.
Sedikit sebanyak beliau memberikan peringatan tentang peri pentingnya seorang lelaki menjadi ketua keluarga dan sebagai pencari rezeki untuk menampung keluarganya dan khuatir akan menjerumuskan kelembah kehinaan sekiranya sang suami hanya duduk riang dirumah sementara isterinya keluar mencari nafkah untuk keluarga.

Terkenang aku akan kisah seorang kenalan yang berkelana ke sini sana mencari rezeki bersama keluarga namun dia yang ku maksudkan hanyalah sebagai penumpang sahaja... seorang ketua keluarga namun bertindak sebagai pekerja rumah sahaja kerana isteri yang mencari nafkah keluarganya. Adakah ini orang yang dikisahkan mimbar hari ini????

Dalam mencari konklusi... erpp cam HUJAN jer.. sedarku khatib sudah turun menerajui solat fardu. Tetiba imam bertakbir sebelum sempat memberi salam. HAH... ini sujud sahwi.. aku bergegas mengikut dari belakang. Sangkaku, semua rukun dan wajib dikerjakan sempurna namun apakah yang terlupa akan dia...???
Arghh... sebagai makmum yang menurut di belakang imam aku ikut sahaja tanpa banyak songel.
Namun ketika bertebaran keluar dari masjid terkesima aku dengan perbualan 2 orang makmum diluar pintu masjid.....
"..dia yang buat silap.. biarq pi dia yang sujud sahwi.. kita tak payah..."

Oh tidak.. sekiranya benar kefahamanku tentang bicara 2 makmum ini... alangkah bersalahnya mereka dalam memahami ISLAM. Ya Allah aku mohon kepadaMu berilah hidayah kepada kami semua semoga iktibar dan pengajaran akan kami terima bersama RahmatMU Ya Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...