Puteri Bongsu
Sinonim dengan perangai bangsaku MELAYU... setiap kali mendapatkan anak, akan ditanya apakah nama sipolan itu. Dan yang paling signifikan ialah apakah MAKNA yang tersirat disebalik nama yang diberi. Namun setelah diberikan sebab dan musabab, mereka akan terus memberikan pendapat dan saranan yang ironinya mungkin tidak lagi relevan kenara nama sudah didaftarkan.
Aku pernah menulis tentang nama dan bagaimana ianya didapati pada blog entri yang terdahulu dan tidak perlulah untuk disebutkan lagi. Namun pada kali ini aku terdetik untuk menulis bilamana persoalan orang tentang nama yang kuberikan kepada anak bongsuku yang berumur kurang seminggu ini.
Mendaftarkan nama sesuatu server, machine, PC, Local Admin account dan sebagainya adalah sesuatu yang sering aku lakukan sejak dari mula bekerja di tahun 90an dahulu. Sehingga kini, aku sering berikan peluang untuk anak buah menamakan semula kerana sudah mangli dengan kerjaya ini dan juga ingin memberikan kebebasan berkarya kepada golongan baru untuk merasa seronok dalam mendaftarkan nama. Uniknya terlahir juga nama cmyboroi dalam senarai mesin virtualku ini...
Untuk menamakan zuriat pula, biasanya aku akan ilhamkan sejak mula kehadirannya dikesan. Disitu aku bayangkan, lelaki atau perempuan dan sifat serta semangat perjuangan yang dipamerkan dalam membuahkan zigot dari proses meisosis sehinggalah lengkap sempurna dan ditiupkan roh kepadanya. Nama yang ku resapi dengan penuh prihatin ini adalah berdasarkan nama idolaku, nama-nama nabi dan juga alim ulama dan juga nama mereka yang berpengaruh besar dalam hidupku.
Sememangnya itulah saranannya, memberikan nama yang baik dan elok dalam peradaban manusia untuk anaknya. Tidak kira lah andainya nama tersebut tidak menunjukkan darah kebangsawanannya atau tidak mengikut trend semasa... seperti nama NEELOFA dan aku sebenarnya tidak kisah seandainya nama tersebut dikatakan dikitar semula dari nama yang terdahulu kerana nama recycle adalah nama yang ada didunia ini. Bagiku... sekiranya tak mahu nama yang recycle... sila gunakan tulisan dan bahasa yang tidak pernah digunapakai didunia ini dan juga didunia akan datang.
Ù†ÙˆØ±Ú Ø§ÙŠØ²Ø§ØªÙˆÙ„ تسزمير
Nureizatul Tasmira aku pilih kerana dia adalah cahayamataku yang bongsu dan juga namanya yang seindah wajah dan perilaku. InsyaAllah... tercapai hajatku untuk mendaftarkan namamu duhai anakku.... puteri bongsu!

Ulasan