Do it right the first time...

Aku melahirkan rasa ketidakpuasan hatiku di lembaran ini dengan harapan adanya pembaca yang berkongsi masalah denganku ini turut sama merasa bahawa telah tiba masanya kita bangun untuk berkata-kata dengan hak yang telah diberikan untuk kita bersuara.....

Apa kata anda sekiranya kereta yang dibeli dengan harga yang tinggi rupanya tidak mematuhi kehendak sipenggubal undang-undang kerana gelapnya cermin belakang. Di manakah duduknya si penggubal undang-undang ini ketika kereta ini dibawa masuk ke negara ini??? Sekiranya salah, mengapa dibenarkan masuk sewenang-wenangnya???? Adakah dengan mengenakan saman terhadap pembelinya akan berupaya untuk menjanakan ekonomi seterusnya.... atau pun ada unsur riba terjatuh ke ribanya...???
Ini memang suatu tuduhan liar namun haruskah ini di persalahkan sekiranya persoalan diatas tidak dijawab dengan sewajarnya?

Diikutkan logik fikiran yang waras, tempat duduk dibelakang untuk anak-anak, bayi dan lainnya... dengan cuaca yang panas terik khatulistiwa... adalah baik untuk dibiarkan berkeadaan kelam supaya tidak diganggu dek terik cuaca persekitaran... hanya cermin depan yang harus diambilkira... namun anggota baru bertugas dengan seronoknya kini menahan dan berkira-kira untuk mengenakan tindakan saman.

Semakin hampir dihatiku untuk meneruskan HAK ku diatas kertas undi di PRU ke 13 ini..... mencari suatu kelainan agar diriku tidak teraniaya lagi.

Manusia itu melihat.. kearah apa sahaja yang hatinya berkehendak untuk melihat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...