Melantun dibawah sedar

bouncing... melantun aku dibuai duniawi. Bila aku memulakan tajuk entri aku pada hari ni... aku begitu teruja sekali. Walaupun bermula dengan subzero, aku yakin aku mampu untuk menukilkan sesuatu di dalam keterbatasan masa ini.
Buruh kanak-kanak

Cicit opah kait rambutan

Ultraman erman

BooneNyawak reflection

Dulu... aku pernah melaluinya. treingat dizaman sekolah dulu. Aku diberikan tajuk untuk diperbahaskan diatas pentas dimana ramai yang akan menilai kebolehanku. Begitu ramai yang merasakan mereka lebih layak dari ku dan masih tertanya-tanya mengapa aku terpilih? Sesungguhnya, aku pun pelik jugak, kenapa aku dipilih untuk mengutarakan pendapat, berhujah dan bercakap untuk mempengaruhi audiens sedangkan, aku sendiri tidak dapat meyakinkan diriku untuk memikul tanggungjawab itu.

Namun, sebaik sahaja gendang dipalu, aku terus terjun ke gelanggang.. entah dipelawa atau diterjah masuk aku kurang periksa. Namun langkahku tak sumbang... tarianku tak mengecewakan... dan rentakku berbisa...

Ini bukan suatu keadaan hairan diri, takabbur mahupun bongkak... kerana segala itu sifat tuhan belaka. Aku yang hadir dengan merafak sembah, poyo lagi serba kekurangan, namun bagiku.. sebaik sahaja kita hadir digelanggang.... tujuankan nekad..bulat.. hanya satu iaitu mengakhirinya dengan kegemilangan. Begitu jua cabaran dia tahun ini... ayuh kita semua... perkuatkan kuda-kuda, melangkah ke gelanggang dengan penuh minat dan ghairahkan kemenangan.
Eisya Salwa

Bonsai Cu Meng

Model rambutan


Semoga langkah kita tak sumbang....
dan yang paling penting semoga kita tidak jemu berjuang...
bangun semula sekiranya dirempuh kecundang...
bingkas menapak menunjang dan menerajang...
 mencari kembali sejarah kegemilangan.
Bangun kita bersama Islam.
Kak Eisya jadi tupai

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...