Bila tersingkap tabir 2012....
Menjengah kita ke tahun baru hijrah 1433H diekori rapat dengan tahun baru masehi 2012... maka semakin aku, engkau dan kita semua menghampiri ke suatu garisan keramat
garisan penamat.
garisan perpisahan dengan yang tersayang
garisan pemisah dengan dunia kesihatan
garisan penghabisan dengan dunia kebudak-budakan
garisan terakhir bagi sebuah kehidupan gemilang
Hujung minggu aku melawat opah... semakin hari bongkoknya semakin ketara. Tidak mampu lagi untuk berdiri tegak mahupun duduk dengan jangkamasa yang lama....
Semakin hari nikmat Allah ditarik secebis demi secebis....
di kala itu
rindu terasa amat mencengkam
rindukan masa yang sihat riang berloncatan
rindukan masa yang lapang untuk menabur bakti kebajikan
rindukan masa muda belia ceria bergaya
rindukan masa kaya dengan cita-cita
dan... rindu ini semakin ketara bila kita berada di penghujung nyawa.
Setiap Jumaat, aku sedekahkan bacaan Yaasin dan juga tahlil kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah saw termasuk roh para solihin dan syuhadah dan khususnya buat mereka yang pernah hadir sejenak dalam kehidupanku dan kini telah berhijrah ke alam lain mendahuluiku... percayalah, aku juga akan menyusul kalian kesana bila sampai waktu dan ketikanya....
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Ulasan