Leteran Q411ku....

Setelah sekian lamanya aku tidak berleter kepada juak-juakku... minggu lepas aku diseru untuk memberikan leteran ini semula. Lama juaga aku mengambil masa untuk memikirkan kaedah terbaik dalam menarik rambut yang bergumpalan di dalam tepung agar rambut tak putus dan tepung tidak berselerakan....
Seronok

Kataku sebagai pemimpin, aku berasa pedih setiap kali juakku dimarahi  oleh mereka-mereka yang kurang berterimakasih. Namun haruslah kita akui bersama... walau setinggi mana pun keahlian kita dalam bidang teknikal... kita masih lagi bekerja sesama manusia. Dan yang penting bila berada sesama manusia ini adalah komunikasi.

Pernah dulu dalam pasukanku... ada seorang yang begitu pakar dalam bidang teknikal. Tiada apa yang harus dibimbangi bilamana dia hadir... namun, sekiranya beliau berunding terus dengan pengguna mesti ada hati yang terluka. Pasti ada yang begitu emosional melaporkan kepadaku tentang kata-kata sarkastik yang keluar dari mulutnya. Aku ini ibaratkan seorang cleaner yang perlu melakukan kerja-kerja pembersihan emosi sebaik sahaja khidmat dari staff teknikal ini diselesaikan.
Perlukah keadaan ini berlarutan tanpa tindakan susulan?
Eisya di PISA




Pernah dulu bilamana syarikat pengeluar kereta tempatan telah diminta untuk mengunjurkan pengeluaran yang ke satu billion dan pengumuman itu telah dijadualkan untuk dikumandangkan pada tarikh keramat oleh pengerusinya, maka berlumbalah pihak produksi megeluarkannya sehinggakan QA yang terjerit-jerit mengasingkan produk-produk itu tidak berhak dikeluarkan kerana tidak mematuhi kehendak kualiti namun dibiarkan sahaja oleh pihak pengurusan. Mereka bertindak dengan lebih bijak iaitu memenuhi kehendak pemegang saham dan menterbalikkan konsep "kepuasan pengguna diutamakan"

Pakcik Cokelat cium puteri
Sebaliknya mereka menubuhkan pasukan untuk mengendalikan aduan kerosakan pengguna untuk menampung permintaan yang bertambah. Maksudnya, produk mestilah dibeli dahulu dan kerosakan yang sepatutnya dibetulkan di dalam kilang telah dibawa keluar demi memenuhi kehendak pengerusinya untuk mengeluarkan kereta yang ke satu billion pada tarikh keramat tersebut.
Jangkamasa panjangnya.... konsep ini memakan diri. Kini, diiklankan bahawa syarikat tersebut menjamin power windows mereka untuk seumur hidup. Perghhh... sungguh menyayat hati kedengaran ditelingaku. Dalam sungguh calaran emosi pengguna sehingga jaminan ini diperlukan dalam iklan produk mereka.


Ini lah yang berlaku dalam pasukan ku itu.... perlu ada satu geng yang memakai topeng hero rakyat untuk memujuk dan memperbaiki emosi pengguna yang terguris setelah masalah teknikal dibetulkan.... Ini adalah satu bentuk case-study terbaik untuk dibicarakan.
Aku berkata kepada juak-juakku.... sesungguhnya dalam 8 jam kita bekerja seharian. Bersih atau NETTED production kita cumalah 2 jam. Selebihnya digunakan untuk berkomunikasi. Oleh itu, segeralah perbaiki tahap komunikasi kamu untuk menjadikan kamu lebih produktif, lebih berdaya saing dan lebih cemerlang.
Pesta 2011

Dulu aku pernah tertanya-tanya... sekiranya aliran sains dan teknologi mempelopori kemajuan dunia, mengapa perlu aliran sastera masih diajar di pusat pengajian tinggi. Dan tertanya-tanya juga aku, mengapa bijak pandai zaman duhulu kala... mempelajari kedua-dua aliran .. contohnya ibnu sina (avicenna), plato, ptolemy, socrates dan yang lainnya. Mereka adalah ahli falsafah dan juga ahli sains. Bilamana kesemua AHLI dan PAKAR sains yang berkumpul itu bertelagah dengan konsep dan teori memasing, disitulah diperlukan ahli falsafah untuk mengkategorikan pendapat mereka dengan menemukan jalan tengah.
Leteran aku berpanjangan lagi bila quater4 2011 semakin menuju kepenghujung kerana aku perlu memberikan markah untuk kenaikan gaji juak-juakku itu....

Biasa laaa.... bila ditunjuk ajar, semuanya mengaku dah tahu. Tapi bila terbuat silap... habis kuat, dia sengih jerr... dengan harapan aku akan menjawab bagi pihaknya. Tokey Balak pun leh miskin macam nieh...!!!

"Do it right the first time" pernah terbaca tagline nih tak... hmmm... serabut kepalaku untuk menulis lagi. Sila baca dan amalkan... semoga berjaya.
Ada yang senyum dan ada yang sedih...
Bagi yang akan terima markah memasing... itulah sahaja yang terdaya untuk aku lakukan, selainnya rahmat Allah semata-mata. terimalah dengan redho.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...