Setia

Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi...
setianya ombak kepada pantai

Berkisah aku hari ini tentang setia... lihat sahaja senikata lagu patriotik di Malaysia ini, semuanya berkisar tentang kesetiaan. Setia, patuh mahupun taat, semuanya sinonim. Iaitu satu perlakuan dimana secara sedar mahupun diluar kesedaran manusia, ia tetap akan patuh menyokong dan taat kepada sesuatu perintah, kata-kata, saranan, panduan mahupun nasihat yang diberikan oleh individu yang mewakili sesebuah badan. Hmmm... detail betul...

Bercakap tentang kesetian cinta, aku yakin wanita adalah lebih setia berbanding lelaki. Namun pendapat ini terlalu subjektif. Setiap orang boleh berhujah tentangnya dan ironinya, tiada yang salah... semuanya sama sahaja.
Senarionya mudah sahaja.
Pernah kamu melihat awek cinoni membonceng motor macam cite hantu bonceng tak?
Bila naik motor bersama, tangan melingkar memeluk pinggang si jejaka, namun mata sang puteri yang bertenggek dibelakang motor itu masih meliar menangkap pandangan lelaki lain. Dimanakah setianya?
Mr Strong

Lelaki pulak lagi laaa.... bilamana ada anak dara baru habis belajar minta tolong... golongan veteran nih berebut menghulurkan tentakel untuk membantu. Tetambah lagi yang meminta tolong tu jambu, montok dan melepak putihnya. Habis terlupa aset dan liabiliti lama. Sanggup berhabis duit membeli alat rawatan muka untuk nampak segar dimata mereka. Sibuk menggali semula buku-buku lama untuk menimbulkan kembali seri diri yang dulunya menjadi pujaan wanita. namun, sedar-sedar zaman dah berubah maka trick lama sudah lapuk dan tidak diguna-pakai.
Pening lagi laaah dia... kerana tekanan darah mencecah 160/100. Tewas ditangan anak muda belia yang tak punya apa-apa... cuma layak untuk menjajakan cintanya.
Kendurlah semangat hero tua... sekendur otot-ototnya yang kurang elastik lagi.

Habiskan cerita ini... kembali kepada persoalan pokok iaitu SETIA.
Kita semua mungkin melonjak mengaku setia bila ditanya.
Sesungguhnya,
setialah manusia itu bilamana tidak punya pilihan yang lainnya.
Setia manusia itu jika tiada jalan alternatif di sebaliknya dan
setia juga manusia itu bilamana kepentingan dirinya lebih terjaga.
Aufa Di Eiffel Tower

Namun, jika ada opsyen lain,
rumput dikiri-kanan padang lebih menghijau suburnya,
poket sipolan dan sipolan itu lebih banyak isinya,
si kepala botak nampak seksi bergaya katanya... dimata wanita.

bagi lelaki pula,
lidahnya kini semakin pandai berkata-kata dan juga merasa
Susu di sebelah sana lebih manis lemaknya,
rambut ikal mayang itu lebih rakus menggoda, pandai bergaya dan mampu memenuhi kehendak bila diminta
kulit yanng halus mulus didepan lebih gebu harumnya....
maka diketika itu, manusia itu akan berubah kesetiaannya.
Membuka lembaran baru dalam majalah hidupnya dan bersumpah setialah dia dengan kekasih yang baru dijumpa.
Ketika itu, nampak sungguh jelek, hina dan buruk kekasih lamanya.

Aku terlihat susuk tubuh yang dahulu pernah berkunjung kerumah ibuku bersama suaminya, kini sudah semakin bergaya dan tinggi egonya, dahulunya membonceng motor kini sudah berkereta,  bersama suami baru yang botak namun bergaya.
Lalu tertanya-tanya aku kemana terhakis semua kisah lama pasangan ini.
Yang satu masa dahulu sungguh AGUNG cintanya berdiri... dan diketika itu, sungguh aku kagumi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...