ココにいるよ! Koko Ni Iru Yo

Sepanjang hidup kita yang singkat ini.... berapa kali kita pernah jatuh?
Soalan yang baik namun jawapan yang sukar...
Tak terkiralah banyaknya... sebab tak sempat nak kira.
Malah kalau pun ada orang yang kira berapa kali dia jatuh disepanjang hidupnya.. mesti dia orang istimewa kerana  tak ramai orang yang tergamak nak melakukan kerja-kerja gila seperti itu.

Tidak kira betapa teruk kejatuhan itu, hanya mereka yang pernah mengalaminya faham akan kejanggalan, kesedihan, kesakitan, keraguan, kepedihan, keperitan dan kemaluan... errpp... i mean keaiban yang dirasai.
Namun percayalah, sebaik sahaja kita berupaya untuk bagun semula dan pantas berlari... rasa itu berganti dengan seribu kemanisan yang tidak terperi.
Aku terbayangkan kecewa hati quartet 4x100m bila pelari akhirnya terjatuhkan batton disaat mereka mendahului.
Jeritan batinku


Mungkin jatuh itu adalah biasa bagi kita untuk membanding, namun mungkin itulah yang paling teruk bagi sipolan.  Pernah dengar cerita mereka yang kehilangan pedoman lalu dengan tragisnya mencabut nyawa sendiri kerana tak berdaya membendung perasaan malah tidak dapat menerima hakikat akan terjadinya peristiwa ini kepada dirnya. Untuk yang melihat, mungkin dapat B dalam matapelajaran bukanlah suatu masalah besar namun ada gak pelajar yang tak sanggup lagi pergi ke sekolah kerana malu dengan rakan sekelasnya.

Kita, khasnya orang melayu biasanya lebih mementingkan pencapaian sedemikian cuma untuk diperbandingkan dengan yang lainnya. Pasal tu gamaknya kurang yang menceburi bidang perniagaan.
Siapa sanggup untuk menjual ikan dipasar kerana takut ikan tak laku.. tangan bau hamis.
Siapa yang sanggup bela kambing, takut kambing yang dibela habis sekandang, tangan bau gulai kambing.
Siapa yang sanggup jual sabun, takut sabun dah habis terjual, tangan masih licin.... berbuih.
Siapa yang sanggup bela lembu, takut lembu tak cukup, duit habis beli kondominium!!!!

Sokongan berterusan perlu untuk satu sama lainnya

dan kerana ketakutan inilah, kurang yang menceburi bidang ini.
Ada kata-kata hikmah yang berbunyi....
mereka yang berani bukan terdiri dari orang yang paling kuat marahnya, sebaliknya mereka yang tabah untuk menahan marah ketika mereka berkuasa untuk marah.

Untuk menjadi orang yang tabah yang bangun semula dan berusaha setelah berkali-kali jatuh... tanpa rasa jemu dan malu, tidak semua manusia bisa melakukannya.
Dan sekiranya ada... aku adalah orangnya yang akan berdiri disana sambil bertepuk tangan untuk memberikan semangat supaya dia menjadi lebih tabah dan cekal berusaha. Tanpa semangat juang yang tinggi, manusia hampir pasti tidak akan berjaya melakukannya.
 ココにいるよ!  Koko ni Iru Yo - I'm always here by your side.




Tabik spring aku untuk orang itu...
bak kata Agnes,
kau bawa aku lagi sampai aku hampir mati
caramu kagumiku kau pujaku sampai mati
Memang aku kagumimu dari atas sampai hati
tidak kuragukan dari hati sampai kaki. - Paralyzed

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...