Harga seorang teman....
Kawan, sahabat, handai, taulan mahupun teman yang dikurniakan kepada kita adalah sangat berharga. Sampai ke tahap tiada yang sanggup untuk meletakkan tanda harga kepada setiap persabahatan yang dipunyainya. Sahabat setia teman berduka... namun tidak dinafikan ribuan teman ketawa juga berkeliaran disini sana. Terbang bertebaran bagaikan rerama mengerumuni manisan. Manusia itu fitrah nalurinya terlalu ingin untuk bersahabat. Tak kira bentuk dan rupa... warna kulit mahupun jantina. Teman ini merupakan carian utama manusia. Oleh itu tiada kuasa untuk menghalang diri mangsa dari didekati oleh pemangsa.
Jika anda mempunyai teman untuk berbual, mengisi masa lapang dihujung minggu dan juga untuk meluahkan perasaan ketidahpuasan hati, berkongsi kegembiraan dan juga meminta pendapat, anda seharusnya bersyukur kerana tidak semua insan didunia ini memperolehi kesempatan yang sama. Berikutan dengan permasalahan ini jugalah laman soSIAL medapat tempat. TAGGED, TWITTER, FACEBOOK dan pelbagai jenama lagi laman soSIAL yang dibina di dunia internet tanpa sempadan ini menjaid pilihan. Dahulunya manusia yang takut, khuatir rahsia sebenarnya diketahui untuk membicarakan isu taboo (agak keterlaluan), kini sudah berani untuk membiacarakannya dikhalayak ramai kerana berselindung disebalik account bogus ataupun anonymous.
Dulu bukannya takde orang yang songsang, tapi senyaaaap jer takut diketahui ramai. Sekarang... kalau nak songsang leh cari geng lagi... masuk jer laman soSIAL tu. Dulu masa ada member kat seagate yg dok contact via TAGGED. Aku create satu account. Bila aku layan, perghhh... nampak berani sungguh awek esp dari bandar besar... menunjukkan asset memasing. Macam dah tak sempat menunggu hari esok. Habis lekuk-lekuk yang membuatkan lelaki yang melihatnya jadi tak keruan dipamerkan. Namun, percayalah. Lelaki jahat adalah untuk perempuan yang jahat dan begitu juga sebaliknya.
Berbalik kepada harga seorang teman yang aku perkatakan diawal kalam, berapakah harga mereka??? Kalau rasa tak patut menetapkan harga kepada entiti seorang manusia, tukarkan kepada token ataupun bintang.... mungkin kita ada beberapa orang kawan 5 bintang... malah ada yang lebih dari itu... dan ada juga yang 1 bintang ataupun setengah bintang.
Namun aku punya beberapa teman yang berharga RM50. Ada yang berharga RM500 dan yang paling mahal ialah RM10K. Teman yang aku maksudkan ialah mereka yang sudi berteman denganku ketika untuk mendapatkan modal. Dan bila dah dapat modal berhutang... teman ini akan menyorok dan cuba untuk mengelak dari bertemu. Sekiranya dengan RM50 kita dah berjaya menghindarkan diri dari berkawan dengannya, anggaplah itu sebagai cagaran untuk tubuh badannya dari mendekati kita.
Dalam dunia yang sempadannya semakin menipis ini, kekadang tu terserempak jua... tidak di kenduri-kendara, ada masanya kita berjumpa dihalaman maya FACEBOOK dan sebagainya... dan masa itu kalau anda berhati kering.... sapalah dia sebagai teman RM450 dan sebagainya. Sebagai tanda ingatan kita terhadapnya....
Teman...
"Sesungguhnya membayar hutang itu adalah wajib hukumnya..."
Rerama dihujung jemari |
Merdekakan diri dari teman yang mengongkong |

Dialah bintangku... Erman |

Ulasan