Do or Do Not... There is no try!

Sebenarnya, manusia ini bertendensi untuk menurut aliran... maksudku... dalam menentukan kehidupan ini, kita sering mengikut sahaja apa yang disuapkan kepada kita. Bagaikan dedaunan yang jatuh ke dalam longkang selepas hujan. Masa sekolah rendah (STOWELL BM) aku sering berteduh ditepi rumah nyonya  kat Taman Bukit bila hujan lebat. Aku tak boleh lari jauh kerana keterbatasan pergerakan. Asyik sungguh nengokkan deruan air menelusuri longkang ditepi rumah...
EisyaSalwa

Aliran yang laju membawa kemana sahaja daunan itu tanpa diketahui arah tuju dan juga persinggahan. Air yang mengalir laju itu ada matlamatnya, iaitu bergerak pada kelajuan graviti dan juga tenaga inersia yang berjujukan hasil dari pergerakan molekul air yang pertama dan juga hubungan kovalen sesama sendiri. Pada dasarnya, pergerakan ini bermula dari kawasan tinggi ke permukaan rendah yang mana rintangannya adalah yang paling kurang. Bagaimana pula dedaun yang hanyut itu...???? bolehkah ianya menuju matlamat sendiri ataupun sekadar menumpang lambungan ombak deruan air tersebut.
Generasi Milleneum


Bilamana suasana ganas ini bertukar perlahan, gerakan air semakin lesu maka dedaunan ini mula nampak akan tempat persinggahannya. Ada yang terus hanyut ke muara yang lebih luas dan berakhir di samudera terbentang luas tanpa ada yang tahu ceritanya. Ada yang tersangkut dihujung yang berdekatan... namun ada yang sungguh jauh dari lapang ibunda... ada yang singgah ditempat yang mulia... ada yang berakhir di acar yang hanyir dan cela... ada yang dikutip dan dijadikan perhiasan dan ada juga yang hancur dirobek arus yang ganas sebelum sempat mampir dimana-mana tempat persinggahan dan pelbagai lagi andaian yang boleh dinukilkan minda.

Kembali kepada kita sebagai manusia... dari zaman persekolahan aku dahulu, sebaik sahaja keluar dari arena sekolah rendah, terus berebutan menuju ke sekolah menengah. Menjadi lebih senior adalah cita-cita jangka pendek semua di sekolah. Boileh memakai seluar panjang... baju lengan panjang dan pelbagai lagi keistimewaan pelajar sekolah menengah.

Dulunya aku dimomokkan dengan matapelajaran MATEMATIK TAMBAHAN (add maths). Katanya, hampir separuh dari mereka yang tungging kerana mata pelajaran ini. Ramai yang  bertekad untuk masuk ke aliran sastera, ekonomi mahupun teknikal dari berdepan dengan subjek killer ini. Masa itu, aku bagaikan dedaunan kering, terus sahaja mengikut arus dan terpaksa menjalani hidup sebagai seorang pelajar aliran sains, Namun, Tan Chau Pong berjaya membuatkan aku seorang yang mahir matematik. Bagiku, tak semua manusia tahu rahsia nya... hanya insan terpilih sahaja berupaya memikul tanggungjawab itu. Seterusnya sehinggalah aku menghabiskan pengajianku diperingkat U masih dalam aliran sains.

Berlainan dengan sahabatku Khan S. Beliau terus keluar dari aliran pendidikan normal setelah tamat SPM untuk meneruskan bisnes ayahnya dan sehingga kini.. kejayaannya tetap seiringan dengan kami yang lainnya... namun, berapa ramai dari kita yang mampu keluar untuk memulakan kerjaya sebaik sahaja habis alam persekolahan dengan keputusan yang baik??

Tak ramai... kerana sudah menjadi lumrah kehidupan manusia di Malaysia ini, lepas sekolah rendah, terus ke sekolah menengah dan setingkat lagi   ke alam pengajian tinggi... sijil, diploma dan juga ijazah. Ada beberapa kerat yang menyambung ke peringkat sarjana dan hanya yang bekerja di pusat pengajian tinggi sahaja lazimnya akan meneruskan ke peringkat doktorate.

Bagaimana kita bisa menghasilkan usahawan sepertimana Bill Gates, Michael Dell mahupun mendiang Steve Jobs sekiranya aliran ini masih diteruskan?
Ein dan Ibunya

Setidak-tidaknya... ada keinginan nak jadi macam Syed Mokhtar Bukhary, seorang yang berkelulusan SPM sahaja yang mula berniaga lembu diusia belasan tahun dan kini memiliki empayar perniagaan yang boleh dibanggakan dengan kekayaan berjumlah US1.7billion unjuran Forbes. Sambil makan roti Gardenia tu dan tertanya-tanya siapalah pemilik kilang roti nih, jom lah kita fikirkan di hari Jumaat ini... apakah lagak gayanya generasi kita sendiri dirumah mahu dicorakkan....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...