Susahnya menjadi pemimpin....

Pepagi tadi aku terlihat wajah mayatnya ditembak dan dikerjakan oleh pemberontak yang dibiayai NATO. Hmmm... sebagaimana Saddam dahulu... beliau juga menjadi mangsa yang sama dilakukan demi menyelamatkan ekonomi eropah dan juga US.
Colonel Gaddafi 

Lepas habis kering minyak IRAQ, LIBYA adalah antara negara penyimpan minyak yang  terbesar didunia, kini dikuasai oleh US dibawah panji-panji pakatan NATO. Pemberontak yang kurang mengetahui tentang rencah cerita sebenarnya begitu teruja dengan kejatuhan ini. Dapatkah mereka memperolehi nikmat yang sama dengan pemerintahan baru?

Buat masa ini, mungkin yang dikejar adalah simpanan dana sebanyak USD5 billion Libya yang dibekukan  diserata dunia. Namun, nikmat rumah percuma, bekalan elektrik dan dana tanpa cukai untuk rakyat malah pemberian kerajaan sebanyak USD5K setiap kali mendirikan rumahtangga sebagai biaya untuk membeli rumah adalah antara ratusan biaya kerajaan Libya masakini.
Biarlah segala kemanisan didunia ini dipersembahkan namun, manusia tetap tidak pernah puas.

Once a soldier... always be a soldier. Aku kagum dengan semangat juang Muammar Ghadaffi. Dia tidak mahu dibicarakan dan sanggup mati dimedan perang.
Pernah aku terbaca buku hijau.. The Green Book tulisannya yang suatu masa dulu dihadiahkan Kenzu kat aku. Jadi pemimpin yang lantang menyuarakan pendapat memang ada ramai musuh. Dikalangan negara ISLAM, cuma Libya yang berani menolak usul US kerana LIBYA tidak mempunyai hutang dari mana-mana bank dunia.

Bukan mudah nak jaga orang bawahan. Dia yang begitu masak dengan tipu muslihat peperangan.... sanggup keluarkan belanja untuk mengupah tentera persendirian. Nak buat macamana, rakyat sendiri kurang semangat patriotik.
Namun itulah hakikatnya.
Pergi setelah 42 tahun memerintah, memperoleh kekuasaan melalui peperangan dan mengalami kejatuhan juga melalui peperangan.
Sebagai saudara seIslam, aku sedekahkan Al-fatehah untuknya.

Berbalik semula kepada tajuk aku pagi Jumaat ini, sukarnya menjadi pemimpin.
Pernah kamu memimpin budak kecil berjalan...???
Pernah kamu dimarahi orang tuanya sekiranya budak itu terjatuh disaaat kamu memimpinnya???
Pernah budak itu sengaja memijak lecah walaupun kamu sedaya-upaya memimpinnya kearah jalan yang bersih???
Pernah orang mentertawakan kamu kerana tidak pandai memimpin budak itu???
Pernah tak satu hari, sebaik sahaja budak itu sudah pandai berlari, dia menendang kakimu dan terus berlari tanpa memalingkan muka kepadamu lagi...????
Pernahkah kamu dimarahi oleh budak itu sendiri kerana dia tidak dapat berjalan dengan sempurna dibawah pimpinanmu???
Pernahkah kamu dibandingkan dengan pemimpin yang lain ketika kamu sedang gigih berusaha untuk mengilap bakatnya?

Banyak lagi senario yang aku boleh senaraikan namun cukup sekadar ini.... sekiranya ada yang terkena dengan batang hidungmu. Maka percayakahkamu kini bahawa itulah kesukaran yang ada untuk selayaknya menjadi pemimpin.

Namun buat yang dipimpin, ketahuilah olehmu, setiap butir bicara yang keluar dari hatiku ini ada maksudnya yang tersirat. Tiada manusia yang berjaya sekelip mata. Biarpun kamu anak orang kaya di dunia ini... tanpa pimpinan, tiada apa yang boleh dibanggakan.

Seandainya terasa diri adalah pemain striker yang terbaik... begitu pakar dalam membuat gawang pihak lawan bocor disetiap perlawanan... namun tanpa sokongan dari teman sepasukan... kamu tidak punya apa-apa.
Tanpa feeder yang bagus, killer tak dapat melibas untuk mendapatkan mata, tekong yang mengemudi permainan takraw juga tidak akan berupaya.
Oleh itu, jomlah kita bersama bermain dengan satu semangat berpasukan.
Dan.. demi menjunjung semangat berpasukan ini, kita haruslah bekerjasama....
Ein dan abahnya...

Maksud kerjasama:
sama-sama melakukan kerja, tak kira yang mudah mahupun yang sukar
sama-sama berehat dan berbincang, tiada pilih kasih dalam bekerja
sama-sama fokus tentang masalah yang sama
sama-sama take ownership untuk setiap kegagalan
dan sama-sama membuat kerja pada WAKTU yang SAMA.
Tak ada maknanya sekiranya seorang bekerja tetapi yang lainnya tidur dan juga sebaliknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...