Bencinta
bila dah berumur, aku geli-geleman tengok orang tua bercinta, kalau sesama umur pun aku dah berbulu mata.. tetambah plakk bila mereka nih cuba ngorat si anak dara lepasan sekolah. Itu sebenarnya hak memasing namun besarlah harapanku ianya tidak berlaku dipersekitaran lingkungan kenalanku. Bak kata mami ...."Minta simpang malaikat 44"
Aku cuba masuk kedalam selipar jepun mereka, rupanya masih tidak upaya merubah persepsiku terhadap teori ini. Aku cuba andaikan aku, pada umurku yang merangkak senja, yang bercinta dengan gadis pingitan ini... perghhhh... abeh berubah segalanya... cara pemakaian.. jadi k-pop lerr aku gamakya.
iphone dan ipad jadi rakan seharian...(*jobs tersenyum dikuburannya)
facebook update setiap masa... sampaikan keluar tandas ponn dikongsikan bersama..(*zuckerberg tergelak kecil)
hmmmm....
nampaknya aku bukan lagi dalam golongan itu... tak mampu aku untuk melonjak ke ruang lingkup generasi baru kerana generation-gap yang telah terukir itu sudah semakin luas.
Terjumpa aku dengan kata-kata ini...
"idle mind is the devil's workshop..."
hmmm betul kata-kata ini... bilamana diluar waktu kerja kita terlalu lapang... masa tak terisi.. bilamana waktu kerja pun lapaaang.. tidak pernah terisi... maka akal yang biasanya sibuk mencari penyelesaian kepada segala permasalahan yang timbul akan tercari-cari, memunggah-munggah dan menunggang terbalikan kehidupan kita demi mecari sesuatu masalah baru untuk difikirkan.... dan itulah sebenarnya titik permulaan bagi sebuah permasalahan masyarakat masakini.
Ulasan