Menganggur di Beris, Sik Kedah Darulaman

Menghantar bebudak UiTM yang datang beraya ke rumahku dihujung minggu yang panjang sempena cuti 16 September lalu di Merbok, Kedah membawa aku dan keluarga untuk berpeluang menikmati perjalanan agak jauh namun menghiburkan.

Kami ke Beris Vineyard di daerah Sik bersebelahan dengan Tasik Beris. Jauhnya agak mengancam, namun jalan kampung disitu melewatkan perjalanan masa yang pada perkiraanku semakin laju berlari sejak kebelakangan ini.

Eisya teruja dengan pohon anggur

Bapak Nan didepan galeri  jualan


Latar belakang pasangan Ein dan Erman dengan kerja luar mereka

Mak seronok 

Cecupak

Semuanya gembira walaupun cuaca panas terik, terasa semakin hitam aku dipanah mentari hari tu, namun masih ensem kata orang siam....

Pasangan Serindit
Anggur disitu manis dan menarik namun harganya juga menarik... RM12 untuk 500gram. Baik beli yang besar dan berbiji tu, sekilo cuma Rm15 jerr... rungut rajaku. Memang rasa anggur kat situ berlainan dari yang pernah aku baham selama ini... itu yang menariknya.
Erman sentiasa ada aksi untuk setiap sessi fotografi

Eisya dan Ein lagi hebat
Model untuk Vineyard

Gaya pemetik anggur

Pemetik anggur diraja...
Semua yang hadir terlupa sejenak akan kehangatan suasana di dalam ladang anggur kerana teruja melihat sendiri akan keunikan buah itu terbit keluar dari dahan-dahan yang tercapai jangkauan tangan..

Haji Basir di Tasik Beris, Sik
Sabar kak Eisya

Lebatnya

Model pemetik anggur

Cute
Itulah cerita kami di hari Malaysia bebaru ini.... gambar selanjutnya aku upload kat facebook. cari lerr...
Vineyard yang lain punya la jauhhhh

Ngap...

Beli tiket dulu aaaaa....

Selain Mak ngan bapak, Bapak Nan , Herri dan Che Qama ponn join jelajah kami hari tu. menganggur di Tasik Beris, Sik Kedah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...