Kling...kling...kling...
Bilamana berbunyi sahaja loceng, maka sausana menjadi gegak gempita dengan orang ramai yang cuba mendapatkan perhatian yang lainnya dengan cara melaungkan suara dengan lebih nyaring... semakin ramai yang menggunakan kaedah ini menyebabkan suasana hingar bingar ini semakin diluar kawalan.
Hadirin akan segera berpaling ke arah empunya suara yang gemersik nyaring mahupun suara yang pelik. Terpana sebentar dengar keunikan suara akan menenggelamkan apa yang hendak disuarakan.
Ini biasanya diikuti dengan hilai ketawa ataupun jerkahan menyinga bahkan ada yang disambut boo oleh hadirin yang kurang menyokong pendapat yang tak seiramana.
Sejak kelahiranku 4 dekad yang lalu, tanggal 31 bulan lapan Lima Puluh Tujuh merupakan tarikh keramat yang disambut gembira seluruh anak-anak Malaya kerana ianya menjadi penanda aras bahawa negara yang kita tadbir sendiri ini tidak lagi terikat dengan penjajah lagi... namun semakin hari, lemah gemalai suara merdeka ini semakin lunak kedengaran bilamana dinyanyikan menggunakan alunan yang gembira, suka dan ceria.
Tiada lagi cerita kesedihan anak bangsa dalam memperjuangkan kemerdekaan ini yanghadir dihati bangsa pasca merdeka... maka timbullah cerita bahawa, Malaya ini sebenarnya tidak pernah dijajah... cuma diuruskan oleh British sahaja.... terkesima kesemua yang berteriak dalam mencari erti sebenar kemerdekaan itu.
Adakah laungan Merdeka ini hanya satu gurauan semesta sahaja.... namun mengapa tanahair kita ini termasuk dalam negara-negara COMMONWEALTH.... siapakah kita yang dianggap sebahagian dari empayar feringghi dan benggali putih itu???
hamba sahaya atau rakan sekerja?
Kling ... Kling... Kling... pelik sekali suara ini. Namun lebih pelik pendapat yang disuarakan oleh pemilik suara ini. Aku bukanlah siapa-siapa namun aku bercanggah pendapat dengannya.

Anak-anak pasca merdeka |

Selamat Menyambut Merdeka Raya 2011 |

Ulasan