Kampungku di mukabuku.

Kau yang sangat ku sayang
kerna kau gadis pendiam
anggun diwajahmu
tenang dihatimu
hati ini menanggung rindu
Ku berkhayal suatu saat nanti
Hidup bersamamu
Hanya engkau teman dalam duka
penghibur derita
Kepadamu akulah yang manja
dengarkanlah sayang
kupandang potretmu didalam kamar
tersenyum padaku...

Semalam aku kembali berterawih di Masjid kampung kelahiranku.
Tidak dijemput atau dihalau... aku ke sana dan ada wajah ceria yang menyambut kehadiranku. Ada yang tertanya-tanya ke mana gerangan aku selama ini kerana kelibatku dan bapak tidak kelihatan ke masjid dalam jangkawaktu yang agak lama.

"Kami dah pindah".... sayu untuk aku perkatakan hakikat yang sebenarnya bahawa kami sebenarnya telah dinyahkan keluar dari tanah kelahiran oleh tuan tanah kedawung.

Sujud aku di karpet kuning itu menggamit kembali lipatan memeori silam. Disitu aku belajar sembahyang dulu... disitu aku belajar berjemaah... disitu tempat kelahiranku. Itulah dianya bekas kampungku.
Bilamana aku masuk ke dalam masjid atau surau, ramai orang akan memandang ke arah aku sepertimana terlihat kelibat Siti Nuhaliza nak berjemaah bersama... aku tahu laa aku nih istimewa, berstokin sebelah jerrr... tapi tak payah lerr pandang aku sampai aku naik riak kerana ramai peminat plakk...
Maka dari situlah, aku begitu selesa sekali untuk beribadat di Masjid Jamek Padang Lalang, Bukit Mertajam.

Seusai menziarah kuburan ayah bonda Rajaku, kami lalu melalui jalan Kg Bahagia Petaling, nampak akan lebuhraya bertingkat dimana bawahnya dulu adalah rumah kampung Rajaku. Namun kini sudah berubah menjadi lebuhraya, kampung rebah mengikut aliran pembangunan yang terlalu pesat.
Bilamana kedua kami sudah tidak mempunyai kampung lagi, dewasanya anak-anakku, seandainya mereka bertanya dimanakah kampung kita abah...
Sayu untuk kukhabarkan bahawa... anakku... sebenarnya kita ini hanyalah perantau. Tiada kampung halaman. Yang ada cuma secebis kenangan....
Sekiranya ibu dan ayahku kembali menyahut panggilan Illahi, aku akan berkelana tanpa arah lagi... kerana tiada lagi pusat berkumpul dan bersidang.
Perhubungan adik beradik hanya bermukim di mukabuku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...