Aku tahu asal-usulmu....

sembahyang hantu... itulah ungkapan terdetik dihati ketika melalui jalan keretapi Bukit Mertajam kelihatan beberapa orang masyarakat tionghua bersembahyang ditepi jalan dengan menyalakan colok dan mempersembahkan beberapa ketul kuih muih dan juga buahan.

Kebetulan itulah juga perayaan umat Islam, penghujung Ramadan. Semuanya sibuk mencari malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Dan sibuk berkira-kira budget utk hari raya... dan sebagainya.

Sehari sebelum raya aku keluar pepaginya dengan bapa untuk mencari lauk.  Cari kelempung dari Permatang Rawa sehinggalah ke Penanti, tiada yang kelihatan. Aku bergegas ke Kuala Juru kerana khabarnya ada seekor lembu baru disembelih demi memenuhi kehendak bapa.

Terlhat suatu kemalangan maut di hadapan Masjid Penanti, isteri pak Mat Bas katanya. Hmm... perkhabaran duka buat keluarga di saat umat Islam menyambut hari raya. Setiap kali tibanya raya, seluruh keluarga akan bersedih mengenang sipolan yang kembali ke rahmatullah secara tragis sehari sebelum sambutan hari raya.

Sempat mengambil daun nyiur untuk diketupatkan  Aku memain dengan daun jerr... suruh anyam ketupat... takut jadi lontong plakk...
sesambil aku tengok intisari rancangan Astro dan juga TV tempatan.
Semua cerita hantu dihidangkan.... mungkin kerana menyahut saranan 1Malaysia, makanya, sempena Aidilfitri dan perayaan hantu bagi kaum tionghua dipapar semua cerita melayu yang berkisar tentang hantu. Ngankung, Damping malam etc etc...
semuanya menarik, tak kunafikan namun raya mende semua citer hantu.... dan sebagaimana biasa cerita Bukit Kepong dipaparkan untuk sambutan hari kemerdekaan.

Abis bangun para bekas perajurit yang "kononnya" gagah berani suatu ketika dulu membuat laporan polis sebagaimana yang disarankan oleh Saudara Hisham yang disiarkan dalam slot berita perdana kerana terkesan dari propaganda media arus perdana tentang ceramah seorang hamba Allah perihal hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan. Takut benar mereka akan keheroan mereka ini dipersoalkan.

bukan setakat bekas askar sebelum merdeka sahaja yang takut bila kisah mereka dibongkar, malah hantu juga takut benar dengan kenyataan itu...

"..pergi kau dari sini, jangan ganggu anak cucuku... aku tahu akan asal usulmu..."
lepas tu hantu tu ponnn belah...
itulah dialog biasa dalam cerita seram melayu...
betul tak???

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...