Suka dengan variasi

Manusia dilahirkan berbeza. Masih punya hidung namun hidungnya berbeza. Masih punya rambut namun warna dan teksturnya berlainan dan punya warna kulit berpigmen yang sama namun apabila persekitaran yang berbeza... panas contohnya... ia bertukar kepada kehitaman manakala di tempat yang cahaya mentari yang bersinar kurang membakar makanya ia berwarna putih.
Dengan adanya variasi inilah manusia yang sungguh pandai nak pekena antara satu sama lain mula membezakan warna kulit, warna mata, bentuk hidung, tekstur rambut dan lain-lainnya dan sewenangnya melabelkan yang hitam itu di pihak yang kurang manakala yang putih pula lebih tinggi kastanya.
Dan yang warna dipertengahan pula kiranya sedang-sendang laaa...

Tengok lembu nieh.... masih kelihatan seperti lembu biasa kat tempat kita cumanya... perghhh... comelnya, rambut lebat.

Hensem lembu nieh....
Anak dia lagi la comel.

Ada kerr lembu kat Perai or dari Padang Lalang yang sanggup mengawan ngan lembu nieh. Mungkin depa lari bertempiaran bila nampak lembu jenis nieh kat sini. Malah, lembu ni yang mungkin akan keguguran bulu bila sampai sini pasal panas sangat.

Tapi mungkin juga ada yang terpikat, tergila-gila dan meroyan tengok lembu jenis nieh.... ini semua adalah terlalu subjektif untuk dipertikaikan.

Begitu jugalah manusia.... ada yang tergila-gilakan bangsa asing lebih dari bangsanya sendiri... yang melayu mencari orang India, gadis melayu terpikat kepada Mat Bangla, Gadis Indon tergilakan orang Myanmar (Kholisah, maid aku yg lari dgn org Myanmar contohnya) etc etc....

Namun, tak dapat aku bayangkan sekiranya rumpun kita ini semuanya tiada berpendidikan agama. Hancus lebus gamaknya.
Fikirkanlah......
Salam Ramadan dari aku untuk semua....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...