Bantuan kepada yang memerlukan
Umat Islam di negaraku dikejutkan dengan tersiarnya berita keluarga melayu Islam mendapatkan bantuan wang dan pakaian dari pihak Gereja bagi meneruskan hidupnya bersama anak-anak yang masih kecil. Tersentak jaga para pekerja Baitulmal dengan cerita itu namun terasa lega semula bilamana ada pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa sememangnya pihak gereja telah lama mahukan peristiwa ini terjadi kerana inginkan lebih ramai penganut dari bangsa melayu menganggotai mereka.
Lega yang tidak berasas bilamana Dr Asri Zainul Abidin bertanya soalan, kemana perginya jutaan ringgit kutipan zakat tahunan yang sering digunakan sebagai penanda aras keberkesanan PUZ. Mengapa perlu ada rintangan yang tinggi kepada umat Islam untuk mendapatkan bantuan kewangan ini. Bukankah sebaiknya setiap tahun di wartakan kutipan dengan jumlah yang besar dan juga perbelanjaannya. Sebaiknya, kutipan 2010 diikuti dengan perbelanjaan yang juga hampir sama jumlahnya. Ini bermaksud, kesemua wang yang dizakatkan oleh umat Islam di negaraku telah habis dibahagikan kepada asnaf yang lapan. Bukannya dilaburkan atau di gunakan untuk membina bangunan dan membayar gaji pengerusi, naib pengerusi, GM, branch manager etc etc... yang melampau.
Tidak salah aku membayar zakatku terus kepada penerimanya, kerana sejak dari dulu aku cuak dengan kaedah pembahagiannya. bukan niatku untuk merpersendakan kakitangan PUZ namun, keyakinanku sejak mula berzakat pendapatanku sendiri 17 tahun dahulu, berasas.
Menari kat Puncak Mutiara |

Ulasan