Perutusan Hari Bapa 2011
Selamat Hari Bapa
buat mereka yang telah pun bergelar bapa
mahupun yang masih terkial-kial berusaha
gelaran yang diterima ini bukannya ringan
ianya penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai gaya rintangan
cumanya... semakin lama bergelumang
maka telah menjadi biasa
dan mula terasa manisnya aku bergelar bapa.
Sempena hari bapa 2011,
aku ingin berkongsikan kisah aku sendiri yang kini semakin jelas
masih lagi menjalani tugas
yang diamanahkan Allah kepadaku
sebagai seorang ketua keluarga bagi puteri, putera dan juga Ratu.
yang sulung EisyaSalwa dengan gelagatnya
yang tengah pula EinNadira penuh dengan kemanjaannya
dan yang bongsu pula ErmanRadzi penuh dengan gaya dan keletahnya.
Bukan senang menjadi bapa,
sakit sihat anaknya menjadi bualan
pencapaian pelajaran mereka pula menjadi perbandingan
susuk tubuh menjadi pertaruhan
Siapakah mereka ini dimasa hadapan?
Dulu aku sering tertanya-tanya,
mengapa mereka diseberang sana senyum ketawa.
Menjadi bapa bagaikan tiada apa-apa
Kerna bagiku.... beratnya tanggungjawab separuh gila!
Betapa bapa yang lainnya cuma bertugas mencari dana
pembahagiannya pula perancangan ibunya
ketokohan bapa tidak dipertikai
kerana tugas bapalah bakal penentu makan dan pakai
....namun aku terlalu ceroi
anak-anakku melompat diperutku yang boroi
tanpa batas rintang menghalang
mereka bebas menjadikan aku hantu jembalang
untuk diserang, tumbuk dan terajang
oleh mereka yang hero sedangkan aku adalah petualang.
Pendapat ibunya sering ku sangkal
katanya pukul-didiklah anak yang nakal
bagiku cukup dengan beberapa patah perkataan
cakup-sesuaikan dengan keadaan
Berfikirlah mereka sementara berupaya
apa yang tersirat bapaku disebalik kata-kata
mengapa dimatanya diriku ini terlalu berharga...
kerana tak semua manusia itu dilahirkan serupa.
Sementara aku masih dapat mengingat
jasa bapaku disebalik bau keringat
berkata dia di hening malam
jadilah manusia yang tidak menyusahkan orang.
Sebait ayat yang mudah olahannya
menjadi peringatan paling bijaksana
bergantung kepada penerimanya
inisiatif dalam mencari yang tersirat disebalik makna.
Terbacakah olehmu akan terjemahan AlQuran
pedoman manusia sepanjang zaman
tiada kata secantik bahasa
terjumpa maklumat disebalik firasat
mendapat imbalan pada yang jahat
dan imbuhan kepada yang taat.
Tatkala ibu mempertaruhkan nyawa
dimanakah bapa memainkan peranannya?
Tidakkah kamu berupaya melihat
gabranya bapa mencari tempat?
kerana kelibatnya sering dipertikai
hanya kerna sumbangan sperma yang boleh diguna-pakai
tidak sehebat ibu menyediakan tempat
mengusung tubuh lain didalam jasad
semakin lama semakin memberat
Namun sedarlah kamu wahai insan
sumbangan bapamu tiada ternilaikan
kerana ianya tidak terpamer diluaran
namun semangatnya dalam dirimu hangat berkobaran
sebagai bekalan menghadapi dunia yang penuh cabaran.
Salam hormat buat semua bapa.
Biar apa sahaja gelaranmu itu.. aku tak kira
Bapa, Abah, Abi, Ayah mahupun Abuya
tanpa kehadiranmu... hati anak gundah gulana
Namamu diusung atas batu jemala
identiti diri dibawa merata-rata
sebagai pedoman untuk yang lainnya
.. dengan ANAK siapa mereka bicara.

EinNadira |

EisyaSalwa |

ErmanRadzi |

Ulasan