Rumah
Selepas 10 tahun memiliki rumah sendiri, semakin ketara kini harga rumah semakin naik... dengan harga yang sama... keluasan yang sungguh berbeza terasa.
Lokasi terpilih mungkin menjadi pertaruhan. Dekat jauhnya dari prasarana dan kemudahan lainnya membuatkan aku semakin bersyukur kerana rumah idaman ku telah selesai melalui zaman perubahan dari asalnya tanah pamah penuh hutan belantara... seterusnya menjadi sawah padi yang luas dan dari tanah pertanian yang murah (Kurang dari RM1 sekaki persegi) ditukarkan menjadi tanah perumahan yang berharga RM17 sekaki persegi dalam masa kurang dari 3 tahun.
Terimakasih kerana sudi menerima kunjungan kami |
*Mudah sungguh mereka yang berkuasa ini melakukan perniagaan. Dengarnya MR 10% kini telahpun berakhir karier politiknya namun kekayaan yang berjaya dikaut semasa bertugas memegang amanah rakyat tidak akan habis selama 3 keturunan.
Eisya dirumah sepupunya |
En Wan |
Bilamana melihatkan kawasan perumahan yang jauh dari sekolah, hospital, balai polis, bomba, pasaraya, bank dan segalanya... aku terasa khuatir akan tahap survivalnya namun, selalunya pioneer akan beroleh keuntungan bila masa berlalu. Mungkin setelah kawasan itu menjadi matang dalam tempoh 7-10 tahun akan datang, harga rumah akan melambung naik dan perumahan tersebut akan terus menjadi rebutan.
Ikhlas dari hati |
dan akan tiba generasi muda yang kana menawarkan harga yang lebih menarik untuk menduduki rumah yang kita terajui suatu masa dahulu. Contohnya, rumah yang berhampiran dengan stesen komuter di Ampang. Kenderaan yang di beli hanya akan digunapakai bilamana ingin ke destinasi percutian sahaja. Untuk ke tempat bekerja, just a walking distance you should be able to access to the public transport. Bare in mind, convinience never comes freely.
Adam & Ipa - terimakasih untuk jemputan yang diberikan |
Apa pun jua, aku berbangga kerana sudah ada trend anak muda untuk mendirikan rumahtangga dan membeli hartanah. Di zaman aku dulu, bila dapat gaji... memula beli motor ranggi... pass tu beli kereta sport yang canggih dan bertukar... bertukar.. bertukaaaarrr....
Tak semua tahu betapa nikmatnya punya rumah sendiri...
boleh diwarnakan dengan corak kegemaran.
Dihiaskan dengan kilauan keemasan dan
sebaik sahaja menerima geran...
boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
Tongkang telah berjaya bertukar ke Star Cruise |
Rumahku... Syurgaku!
Ulasan