I-City: Kemilau cahaya penghias malam

Di bukit I-City, kami sengaja hadirkan diri jam 715pm bagi melihat sendiri keindahan yang diuar-uarkan. Destinasi berbayar sebanyak RM10 bagi sebuah kereta itu masih gah dan mengagumkan walaupun dicemari beberapa tompok hitam yang sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak pengurusan. Yang ternyata jelas untuk diperhatikan ialah:
Model yang jadi modal aku

1: Tempat teduh berbumbung sekiranya hujan secara tiba-tiba hadir tanpa diduga kerana untuk keluar dengan segera dari kawasan lapang tersebut hampir pasti untuk kuyup sebelum sempat sampai ke dalam bangunan.
Ada budak cari katak tak jumpa...

2: Tandas yang bersih dan banyak serta mudah dicapai amat diperlukan untuk menampung bahan buangan orang ramai.
tergamam Patrik tengok Erman nangis

3: Surau yang lebih besar kerana pengunjung yang ramai biasanya hadir di kala senja. Dengan jumlah yang ramai dan waktu solat yang singkat, surua sedia ada yang hanya berupaya menampung 8 jemaah lelaki dan 4 wanita adalah sesuatu yang mengecewakan untuk beyaran sebanyak RM10.
NurulEisya

4: Pak guard yang lebih mesra pengguna, yang hadir sebagai sebahagian dari pegawai untuk memberikan penerangan tentang DO & DONTs  dan juga tempat menarik untuk diterokai kepada pengunjung dalam bahasa melayu atau English... bukan dalam bahasa gurkha atau bangladesh yang hanya tahu meniup wisel dan mengomel dengan bahasa yang kurang difahami... macam bahasa AVATAR jer.

Eisya dan Ibu
5: Kurangnya tempat yang menjual cenderahati yang mempromosikan I-City. Cuma ada yang generic jerr... yang jual ponn bukan orang Malaysia gaak... ntah Vietnam or Cambodia. Englishnya lebih sempurna dari Melayu...
Sulung-Bongsu
Geng Seluar-Singkat-Selipar-Jamban
Tips terbaik dari aku... masuk ke sana jam 5 pm... takde orang tunggu untuk kutip duit parking... so, free laaa... naik terus ke atas parking dalam bangunan dekat dengan KFC untuk park... terus tuju ke Taman Salji.. main sampai Maghrib kerana time tuh admission charge murah dari charge waktu malam dan juga... tak perlu beratur lama pasal pengunjung sikit jerr.... dan malamnya, keluar dengan laparnya pi makan kat KFC dan enjoy kerlipan lampu plakk laa.... cun kan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...