Poco-poco

Suatu masa dulu, aku sering tertanya-tanya mengapa tok guru aku menolak tawaran biasiswa dari kerajaan sendiri berbanding Syria dan Jordan. Katanya, tak mahu di pergunakan di kemudian hari. Aku masih terpinga-pinga dengan jawapan itu. Baru akhir-akhir ini aku dapati bahawa dakwaannya itu berasas.

Ulama yang dilantik oleh pegawai eksekutif sememangnya tidak boleh berkompromi tentang sesuatu yang berlawanan dengan prinsip agama, memang benar mereka patuh namun hendaklah diketahui bahawa, pegawai eksekutif mampu meletakkan mereka di luar perbincangan dan mereka masih mematuhi ketetapan umum. Contohnya, bilamana kecoh seluruh tanahair isu muhabalah yang sepatutnya digantikan dengan qazaf, dan mengapa perlu sumpah yang dilakukan oleh seseorang yang sah keISLAMannya sekiranya tak mahu ajaran ISLAM itu diperkotak-katikan sepertimana barat memanupulasikan kitab injil yang diperturunkan ALLAH kepada nabi Isa as.
Erman nak jadi ultraman boleh tak?

Ulama negara bukan sahaja dihindar dari mengambil bahagian dalam perbahasan, malah pendapat peribadinya juga disorok dari disebarkan melalui media arus perdana untuk pengetahuan umum. Malah KPI segera yang harus diselesaikan ulamak yang makan gaji dengan kerajaan pula hanyalah kerja-kerja yang kurang impak kepada keputusan segera nagara... contohnya pengharaman tarian poco-poco.....

Hmmm... berdasarkan tiada apa yang percuma didunia ini, baru aku paham nape tok guru aku dulu beriya-iya menolak pemberian biasiswa kerajaan sendiri dan mungkin juga student Jordan akan amik biasiswa dari Saudi and vice versa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...