Kuasa Islam yang kian pudar

Manusia dan katabicaranya yang mengelirukan.

Kekadang aku tertanya, kenapa perlu nabi memberikan peringatan kepada kita agar tidak mempercayai kata-kata yang dihamburkan oleh golongan munafik, selidiki dahulu sebelum mempercayainya. Mungkin dizaman itu, pemimpin besar seperti Rasullullah telah ponn nampak apa yang boleh diperlihatkan kepada mereka.

Aku juga berasa berada dalam golongan itu sejak menerajui gerombolan penjaga dan penjana kemudahan prasarana teknologi maklumat di tempat aku. Kami kekadang diperlihatkan akan perancangan yang di gubal oleh pihak atasan namun, perlaksaannya mestilah dirahsiakan demi menjaga kestabilan politik semasa.
Mungkin ada baiknya dan ada buruknya. Namun sejak aku difahamkan dengan adanya peringatan Nabi kepada umatnya, maka aku sering berfikiran sebaliknya bila disua dengan cerita yang besar sebegini.
Penyapu baru harus menyapu lebih bersih...

Kembali kepada suasana semasa...
Bila belum habis cerita pendidikan seks disuratkhabar dan media massa arus perdana, kita dikejutkan lagi dengan akuan bersumpah seorang yang dikhabarkan dangkal berpengetahuan Islamnya dan yang terbaru pula kisah polis turut menyebarkan cerita yang sama kepada semua ketua pendidik anak bangsa.

Disini, aku bukan setakat ingin mempersoalkan kredibiliti pencerita, malah aku ingin turut mempersoalkan kedambaan kita terhadap cerita-cerita besar.
Aksi Seks secara terbuka....
Selain dari ponteng kelas dan datang lewat, pelajar dihidangkan pula dengan cerita liwat dan keseronokannya... dapat makan karipap lepas disondol dan diberikan wang saku... :)
terbit pula jika ingin bersumpah, mestilah dilakukan di masjid dengan memegang quran [ bukankah budaya barat memegang bible di mahkamah ketika bersumpah???] dan memakai baju kalis peluru. Yakin kah mereka dengan cerita besar ini akan memukau jumlah penonton?
Namun disebalik kesangsian itu, sebenarnya.. wow... tergamam aku kerana begitu ramai yang percaya.
Masalah sebenarnya, mereka yang percaya itu bukan bodoh... sebaliknya mereka jahil.

Pernah tahu tak, Kadi yang sempurna akan memperbetulkan wali sebelum memperbetulkan pengantin lelaki barulah dia melakukan aqad nikah????
Kerana berwalikan orang yang fasik, tidak sembahyang dan tidak melakukan perintah Allah dan menghindarkan laranganNya bakal penentu sah atau tidaknya ijab-qabul tersebut?

Bende yang aku ingin utarakan disini ialah soal kreadibiliti. Biarlah hak dikembalikan kepada orang yang berwajib. P**** Raja Di Malaysia semakin terhakis kredibiliti... akibat terlalu asyik nengok citer hindustan.
Maka inilah masanya, institusi mahkamah syariah diangkat kembali sebagai pentadbir daerah dimana KADI merupakan penentu kaedah dan cara ISLAM dalam menangangi pelbagai permasalahan yang tiada penyelesaian mengikut hukum Allah yang termaktub dalam alquran, hadis, qias dan ijtimaq ulama.

Namun, kuasa tertinggi ini kian terhakis. Kini kadi tidak lebih dari seorang jurunikah kerana kelayakan dan pengetahuan yang kurang. Maka, yang petah berbicara mengambil alih tampuk pemerintahan, akhirnyanya generasi baru lebih kenal Caddy di padang golf dan juga  tok kadi bila nak menikah.

Inai pertamaku...
Sebenarnya kadi itu sungguh besar jawatan dan peranannya. Beliau adalah ketua agama di sesebuah daerah. Angkat kembali mertabatnya jika inginkan ISLAM kembali bersinar dibumi kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...