Kisah chef dan resipinya.... Tahniah Miss Boone.

Kerana kau
Ku masih disini
Kerana kau kubisa menangis
dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman terkenang dirimu aku pilu....

Sesekali layan la pulak lagu Alleycats nieh...


Aku menulis kali nieh berdasarkan kisah yang aku baca di harian metro berkenaan Miss Boone dan anak didiknya. Pada pandangan aku tanpa prejudis, tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik kain sesiapa... aku masih yakin bahawa sesuatu yang hamis terhidu keluar walaupun sekuat mana ditutup dengan nyiru.

Motifnya mudah, bila segala lorong sudah ditebas, rumput sudah siap ditarah, bonggol sudah rapi diratakan... jalan menuju ke destinasi impian akan semakin mudah walaupun hujan ribut yang tidak dijangka masih menimpa. Begitulah lagaknya bilamana kejuaraan yang baru berlalu, seteru utamanya mudah dijinakkan... maka berkokoklah coach yang lainnya... mamt ini akan tetap berjaya walaupun digaul dengan rencah resipi lainnya.

 Bilamana semua chef ini duduk semeja... mereka semakin lantang berkata Ya... betul pendapat itu.

Sebenarnya.. mereka ini sudah lama memendam rasa akibat sering dipandang sepi apabila gagal menghasilkan juara dunia. Sedangkan miss Boone berjaya membuahkan hasil dengan dapur dan utensil yang serupa. Ketika Miss Boone mengangkat tinggi.. berebut mereka ke depan untuk smash tepat ke mukanya... biarpun reket sudah ponn melepasi jaring.

Faktor imbuhan juga tidak dinafikan namun, aku tidak mahu meneka didalam semak. Biarlah isu ini ku sentuh di permukaan dan kita lihat sahaja HASILnya di sukan olimpik 2012. Benarkah Miss Boone sememangnya mempunyai skill dalam membuahkan hasil atauponn hanya bernasib baik kerana semua chef lain didunia ini tak reti masak.

Namun aku yakin, benih yang baik, dibuang kelaut... akan menjadi sebuah Pulau.

Miss Boone... sebagaimana aku menyanjung tinggi watak Hang Jebat berbanding Tuah... begitu jua kekagumanku terhadapmu. Teruskan perjuangan.!!!
Coaching spirit never ends....
Nukilan rasa ini kukarang disepi malam yang hangat di jalan bayam, Kota Bharu Kelantan sempena minggu cuti hari buruh yang meriah di Kuala Terengganu & Kelantan. Wahai nyamuk... tak ku halalkan biar setitik darahku yang kau curi... sekiranya kau membaca coretanku ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...