Brothers In Arms

Sejak meletusnya perang di Asia Barat yang menyaksikan PBB sekali lagi melakukan khilaf dengan terus-terusan menyebelahi US yang menggunakan kuasa VETOnya untuk menyerang Libya. Tidak salah untuk aku mengatakan bahawa PBB merupakan alat permainan US semata-mata. Bilamana berlaku kucar-kacir dalam negara, PBB sepatutnya memainkan peranan untuk menjaga kebajikan negara tersebut dari ancaman luar termasuklah dari luak perundangan antarabangsa yang diguna-pakai, keselamatan dari ancamana musuh antarabangsa, arus pembangunan ekonomi global, hak kemanusiaan dan alam persekitaran malah termasuk juga pergerakan hubungan sosial demi keamanan sejagat.

Namun yang jelas diperlihatkan hanyalah suatu pertubuhan yang dijanakan untuk mengumpul sebanyak-banyak ahli bagi menghalalkan kegiatan ganas negara kuasa besar meratah negara kecil yang menjadi ahli secara paksa.

Setuju tak kalian jika apa yang berlaku ini merupakan suatu senario yang kita rata-ratanya sudah sedia maklum. White Lies kata omputih. Dulu masa kat asrama sekolah, kalau nak join group dragon, mesti kena tunjuk berani fly pagar sekolah dulu... dapat run bisnes rokok satu karton... baru boleh gunakan nama atau gelaran taiko yang diperturunkan dari generasi sebelumnya. Antara keberanian tu termasuklah, berani membelasah dan juga kena tahan bila dibelasah demi mempertahankan rahsia kumpulan. Kena takut kepada abang besar untuk memperolehi sebahagian dari kuasa abang besar... lain lerr kalau mamat tu JAMBU kepada abang besar. Tidur sekatil ngan abang besar dan sudi untuk dibelai dan membelai abang besar, beliau juga bisa memperolehi kuasa dan perlindungan politik darinya. Dengan kata lain, kalau dah tak kuat nak lawan... cuba jadi lemah selemah-lemahnya dan sanggup menjilat apa jua yang disukai oleh abang besar... maka beroleh kuasa dan perlindunganlah dia.

Seterusnya.. kembali kepada gagasan ini yang terbina  pada Oktober 24, 1945 yang dipelopori oleh 5 kuasa besar iaitu China, USSR, US, UK dan France. Maka menerulah negara kecil yang lainnya ingin turut serta group paling popular ini sehingga menghasilkan 192 anggota kesemuanya dihari ini. Namun, sebagaimana biasa 5 abang besar ini memasing mempunyai kuasa veto untuk membatalkan keputusan yang telah disepakati oleh negara angota sekiranya ia tidak seiringan dengan game yang dicorakkan digelanggang.
Biasa laa.. abang besar mesti ada wawasan... kotidak... sapa nak respek lagi daaah....

Contohnya, bilamana US ingin untuk menguasai minyak dunia... ditaburkan duit dan kuasa di Iraq sehinggalah perbalahan bodoh berlaku antara Iraq dan Kuwait, maka PBBB terus bertindak bukan sahaja bagi membebaskan Kuwait sebagai negara anggota... namun turut meranapkan IRAQ dan mencuri secara terang-terangan minyak dari bumi negara ISLAM. Dimana liga ISLAM masa tu.... pemimpinnya cuma mampu terkejut dan mengeleng-gelengkan kepala sambil berkata..."Nasib baik tak jadi kat kita no..." Itulah game yang dicorakkan oleh mereka.... perlu ada rasa benci dikalangan liga arab terhadap Saddam supaya dirinya tak terbela bila dibelasah. Maka... skrip untuk Saddam menyerang Kuwait telah ditulis dan diarahkan dengan begitu sempurna... sehinggakan para pelakon ponn tak sedar arah jalan cerita sehinggalah ke penamatnya. Sedar-sedar, Saddam yang bermula dari hero untuk membebaskan rakyat Kuwait dari belenggu pemerintah... watak dan bertukar jadi crook.... yang amat kejam. Dan DUNIA semakin yakin bahawa dia memang patut dibunuh... maka begitulah jalan cerita. [sama tak citer nih dengan pergolakan di Libya... namun US masih menjadi hero untuk membebaskan rakyat Libya kannn.... u see what i mean now???]

Walaupun anggota PBB yang lain mengecam tindakan untuk menyerang IRAQ kerana kononnya dikatakan mempunyai senjata pemusnah besar-besaran namun US menggunakan VETOnya untuk meneruskan tindakan kerana itulah game yang dicorakkannya di gelanggang dunia.

Maka, 4 lagi abang besarnya akan bertanya... berapa persen untuk aku... kalau ada jom kita pi belasah Saddam. kalau tak nak kongsi... aku kacau hang punya game...!!! Sambil ketawa besar... mereka membasahkan kerongkong dengan arak sehingga mabuk... dengan kuasa dan arak lalu bersetuju untuk membunuh... memandangkan mangsanya orang ISLAM... hantam saja laaah Labu...
itulah dialog simple abang besar sesama mereka.

Manakala semua adik kecik kena angguk kalau tak nak dibelasah malah ada yang dipaksa menonggeng untuk dibelai dengan belalainya ataupun melutut untuk membelai belalai abangnya. Hinanya kita didalam organisasi itu.
Kepada yang melutut, selepas perang tamat... habuan akan diberikan juga. Hantarkanlah  1 batalion terbaik korang kesini untuk menjaga keamanan selepas tamat perang. Habis bertugas selama setahun dua... negara tersebut akan diberikan ganjaran dan juga pingat kebesaran kerana bertugas dengan gagah berani dinegara yang bergolak.

Pernah tertanya tak...
kenapa negara itu bergolak???
siapa yang mengganggu keseimbangan dinamiknya???
duit sapa yang digunakan untuk membayar segala kos operasi perang???
kenapa negara kecil yang tiada nilai estotika tidak di sentuh..??? contohnya Korea Utara yang lantang mengacah Korea selatan untuk berperang...
Tulisan ini bukan untuk mengundang rasa todak keruan kepada pembaca... cuma ingin aku bertanya.. sudah sediakah kita untuk menggoncang dunia setelah mengetahui siapa yang mendabik dada mengakui dirinya sebagai POLIS DUNIA?


Sambil tu... jom kita layan lagu Dire Straits nieh dan hayati senikatanya.


These mist covered mountains
Are a home now for me
But my home is the lowlands
And always will be
Some day you'll return to me
Your valleys and your farms
and you'll no longer burn
to be brothers in arms

Through these fields of destruction
baptism of fire
I've witnesses all your suffering
and the battle raged higher
and though they did hurt me so bad
In the fear and alarm
You did not desert me
My brothers in arms

There's so many different world
So many different suns
and we have just one world
but we live in different ones

Now the sun's gone to hell
and the moon's riding high
Let me bid you farewell
Every man has to die
but its written in the starlight
And every line on your palm
We're fools to make war
On our brothers in arms.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...