Wacana Pak Kaduk tentang nuklear...

Masa kecik aku dulu... kalau nak belajar naik basikal... kena belajar tuntun basikal ke hulu ke hilir dulu. Aku patuh ngikut setiap tunjuk ajar senior-senior aku tanpa peduli walaupun diuji kesabaranku ke tahap yang begitu tinggi. Bila dan pandai berbasikal... naik satu tahap lagi... nak belajar menunggang motor plakkk....
Syarat utamanya pula mesti pandai mencuci dan kilatkan motor... baru senior nak ajar... dan begitulah seterusnya bila aku belajar memandu kereta dan juga lori treler 10 roda ayah aku dulu.
Semuanya bersyarat... dari paras paling bawah mestilah betul sebelum naik ke peringkat yang lebih atas. Tiada istilah skip level cam bebudak belajar Iqra' la jugak... kalau basic takde... camna ndak terus baca quran dengan tajwid, nahu dan sorof yang betul.
Generasi baru

Setelah setiap level berjaya dibuat dengan betul, tiada kesalahan serius dan semuanya berada dalam keadaan terkawal, barulah kita yakin untuk masuk ke ruang yang lebih atas.

Begitulah caranya aku dididik mengikut citarasa orang kita. Namun setelah sekian lama kita lakukannya... maka dah jadi pakar, terbit lerr rasa nak try versi baru... naik basikal lepas tangan, koner baring keluar api... or angkat roda depan etc etc... hmmm... dah memang adat, gitu lerr manusia nih... creative dan innovative.

Sebenarnya, isu yang nak di utarakan adalah berkisar dari blog entry aku yang lalu.. iaitu reaktor nuklear untuk Malaysia. Pada firasat aku yang kurang ilmu nih... berbanding dengan URANIUM, Malaysiaku ini lebih kaya dengan air sungai. Jika janakuasa hidroelektrik masih mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik pada harga yang rendah dan juga risiko yang minima... mengapa perlu kita menari mengikut rentak tarian kapitalis dunia maju.... mereka itu lebih suka untuk menjual teknologi agar kita terus menerus bergantung harap dari mereka maka abih lerr duit kekayaan kita digunapakai untuk membiayai kerja-kerja mereka nih....

Dulu aku pernah menulis bahawa pihak kapitalis akan melakukan apa jua cara supaya penduduk dunia akan berterusan bergantung kepada mereka demi survival. Tanpa ada apa-apa masalah, tetiba sahaja selsema babi merebak.... tetiba sahaja selsema burung merebak... semua kerajaan dunia ketiga dipaksa untuk membeli penawarnya dari mereka. kenapa mereka shaja yang ada penawarnya... dan kenapa mereka pula tidak terkena wabak ini... apakah ianya sebahagian dari senjata biologi yang sedang dalam percubaan?
Bungkam... tak dapat meneruskan bicara.

Begitu jua cerita yang sama diulang semula dengan teknologi kepakaran angkasa lepas dan juga nuklear. Tidak salah untuk kita ketahui dengan mendalam  hingga ke arah menjalinkan usahasama dengan pihak terbabit bagi mendapatkan ilmu untuk diajarkan kepada generasi seterusnya. Namun untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk menggunapakai teknologi ini di rantau ini, dapatlah kiranya kita kembali ke basic requirements... dimana kita seharusnya tahu dengan mendalam keperluan dan risikonya.

Buatkan suatu WISH list dan kelaskan kepada 2 kolum, satu dinamakan NEEDs dan yang kedua dipanggil WANTs.

NEEDs adalah segala perkara yang sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan kesinambungan hidup, tanpanya akan terhenti separuh perjalanan ataupun mengganggu agenda yang lainnya manakala WANTs pula jika ada, ianya akan menambahbaikan lagi proses kehidupan namun tanpanya, cuma impak yang minima akan ketara. Jadi.... setahu aku, dalam agenda MALAYSIA, reaktor nuklear dan kajian angkasalepas mungkin antara WISH list yang ada namun didalam kolum kedua sahaja. Apa kata saudara???


Sejak penemuan Marie Curie tentang Radium yang berupaya glow-in-the-dark dan penggunaannya begitu mendadak dalam jam, alat permainan, t-shirt dan juga peralatan canggih untuk aeronautical. namun... dari 3 tan metric URANIUM, hanya berupaya untuk menghasilkan 3 gram Radium... selebihnya URANIUM ini digunakan untuk membuat kaca yang bersinar dalam kehadiran cahaya UV. Bilamana tahap keterujaan yang tertinggi dicapai... pesona manusia kekampungan terhadap benda baru semakin membuak-buak.... URANIUM yang berlebihan inilah dikatakan merupakan bahan bakar yang murah untuk menghasilkan tenaga. Sehingga terlupa bahawa, tenaga yang tak boleh dikawal ini bila digunakan secara besar-besaran akan tinggi risikonya. Orang-orang tua dulu pernah berkata.. pepatah lama : api yang kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan... begitulah yang terjadi di Chernobyl,Ukraine dan Fukushima.
Apa kata kapitalis yang menjual teknologi ini... hilang menyorok dimanakah mereka???

Kapitalis yang sibuk memaju dan menjual teknologi ini, akan membisu dan melindungi fakta akan kerosakan dan impaknya terhadap manusia dan persekitaran kerana khuatir ia akan  mengganggu pasaran produk itu dimata dunia. Namun jelas, faktanya... sungguh mengerikan.

Begitu kompleks kejadian alam ini... segala benda yang tertanam jauh diperut bumi, ada kegunaannya di lapisan bawah namun dengan kemahuan manusia yang rakus nafsunya... ianya diangkut naik untuk dikaji dan digunapakai dilaman rumah kita dan  juga generasi yang akan datang... mahukah kita lihat Gen-X atau mutant dalam citer X-MEN menjadi kenyataan???? Jangan terlalu dibuai perasaan... bukan mutant yang berkuasa sakti... sebaliknya fakta menunjukkan mutant ini adalah lebih lemah dari  kita yang sedia ada ini.
Bakal pemimpin masa depan

Andaikata sungai dan hujan lebat pemberian Allah kepada kita ditelusuri segala kebaikannya... ianya lebih bermanfaat dari bermain dengan URANIUM yang pada hakikatnya memang tertanam jauh diperut bumi... kerana alam sekitar bukanlah apa yang akan kita wariskan kepada generasi yang akan datang sebaliknya... ianya kita pinjam dari mereka. Makanya... cukup-cukuplah dengan segala kerosakan yang telah kita lakukan. Adat meminjam ini... bila dipulangkan, sebaiknya dalam keadaan yang utuh, bukan sebaliknya. Fikirkanlah di malam Jumaat yang hening ini..... Adakah kita sudah pakar dalam mevariasikan sumber alam kita sebaiknya sehinggakan kita teruja untuk mengambil bahan buangan merbahaya orang lain untuk dijadikan sumber tenaga yang baru atau ada pemimpin yang termakan kata-kata salesman teknologi tinggi pauk kapitalis negara maju?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...